Page 17 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 17
Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera
8 Kesedaran tentang kepentingan peranan teknologi, kemahiran,
dan inovasi telah memberikan penekanan kepada usaha gigih
Menjadikan sains dan teknologi
sebagai satu teras penting memperoleh pengetahuan. Dengan hanya memahirkan diri dengan
dalam perancangan dan proses pengeluaran sahaja memang tidak mencukupi untuk memacu
pembangunan sosioekonomi negara ke arah negara maju dan sejahtera.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
yang memerlukan usaha 9 Rakyat harus dilengkapi dengan ilmu supaya ilmu ini menjadi
BAHAGIAN membangunkan keupayaan satu warisan kepada genrasi demi generasi. Oleh itu, negara telah
dan kebolehan dalam teknologi
melancarkan K-ekonomi atau ekonomi berasaskan pengetahuan.
2 strategik dan berasaskan ilmu 10 Melalui pengetahuan, usaha menjadi sebuah negara maju dan sejahtera
serta memajukan budaya sains
dan teknologi dalam proses
membangunkan satu ekonomi akan diberikan nilai dan nafas baharu. Negara akan berdaya saing dan
perindustrian yang moden. lebih kental untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha
(Strategi Dasar Pembangunan membawa perubahan dan pembangunan negara yang pesat selaras
Nasional)
dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
11 Sains dan Teknologi negara menjadi dasar dalam meningkatkan
kemampuan berdikari dan berdiri sama tinggi dengan semua negara
maju yang lain. Sains dan Teknologi ditugaskan untuk membantu
ekonomi dengan melahirkan tenaga untuk mencipta serta menambah
baik semua infrastruktur saintifik dan bidang lain.
12 Kapasiti Sains dan Teknologi hendaklah sentiasa ditingkatkan dan
usaha ini perlu dilakukan sejak di peringkat awal pendidikan lagi.
Justeru, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting.
13 Infrastruktur harus disediakan untuk memberikan peluang kepada
pengkaji sains untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan.
14 Hal ini boleh dilakukan dengan program kerjasama, penyediaan,
pembiayaan, serta langkah mengkomersialkan ciptaan-ciptaan
teknologi dengan mempatenkan semua produk dan teknologi.
Integrasi dan Perpaduan ‘18
1 Integrasi dan perpaduan kaum mendasari sesebuah negara maju
dan sejahtera. Penyatupaduan penduduk yang berbilang adalah
sangat mustahak untuk membawa kejayaan impian negara menjadi
sebuah negara maju dan sejahtera.
2 Melalui integrasi dan perpaduan, setiap warga memiliki semangat
kekitaan dan memberikan komitmen yang tinggi dalam memikul
tanggungjawab memajukan negara. Hasrat negara membina suatu
bangsa Malaysia sentiasa ditekankan dalam apa-apa juga polisi
kerajaan.
3 Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam membentuk
budaya bangsa. Tanpa aspek pendidikan, tidak mungkin integrasi dan
perpaduan dapat dicapai.
4 Oleh itu, Dasar Pendidikan Negara yang berasaskan Falsafah
Pendidikan Negara memang jelas menerangkan matlamat utama
pendidikan Malaysia, iaitu melahirkan individu dan masyarakat yang
berilmu, beramal, dan berakhlak murni berasaskan kepercayaan
32
STPM PA P2_Bhg 2_Bab2.indd 32 1/28/22 8:45 AM

