Page 15 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 15

Pengajian Am Semester 2  STPM  Bab 2 Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera
                                            di sekolah rendah bertambah baik, daripada 1:19 pada tahun 2000
                                            menjadi 1:13 pada tahun 2010. Bagi sekolah menengah pula, daripada
                                            1:18 pada tahun 2000 menjadi 1:13 pada tahun 2010.
                                         13  Subindeks kebudayaan dan liburan pula mencatat skor 113.5 mata.
                                            Antara indikator yang menunjukkan peningkatan yang ketara adalah
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
           BAHAGIAN                         bilangan penginap hotel domestik yang meningkat sebanyak 68.3
                                            peratus kepada 974.7 penginap bagi setiap 1000 penduduk pada

          2                                 tahun 2010  berbanding 579.4 pada tahun 2000.  Jumlah  pelawat
                                            muzium di seluruh negara meningkat sebanyak 62.5 peratus kepada
                                            hampir 3.0 juta pelawat berbanding 1.7 juta pelawat dalam tempoh
                                            yang sama.  Perkembangan teknologi maklumat dan  komunikasi
                                            seperti Internet, komputer tablet, dan permainan video mudah alih
                                            telah menyediakan  medium alternatif kepada  aktiviti liburan
                                            konvensional.
                                         14  Subindeks penyertaan sosial mencatat skor 110.1 mata pada tahun
                                            2010. Bilangan persatuan penduduk berdaftar meningkat daripada
                                            1607 persatuan menjadi 3775 persatuan pada tahun 2010. Hal ini
                                            mencerminkan  perkembangan  yang  positif  ke  arah  mewujudkan
                                            masyarakat penyayang dan harmoni. Bilangan keahlian pertubuhan
                                            bukan bermotifkan keuntungan yang berdaftar meningkat sebanyak
                                            35.0 peratus kepada 43 616 pada tahun 2010 berbanding 32 304 pada
                                            tahun 2000. Perkembangan yang menggalakkan ini menggambarkan
                                            peningkatan kesedaran rakyat terhadap kepentingan penglibatan
                                            secara aktif dalam menangani isu-isu berkaitan alam sekitar,
                                            keselamatan  dan  kebajikan.  Namun  begitu,  peratusan  pengundi
                                            berdaftar kepada penduduk yang layak mengundi berkurang daripada
                                            75.7 peratus pada tahun 2000 kepada 68.1 peratus pada tahun 2010.

                                               Ekologi            ‘17


                                          1  Untuk menjadi sebuah negara maju tanpa mengabaikan kesejahteraan
                                            rakyat,  kemajuan  haruslah  mengambil  kira  faktor  pemeliharaan
                                            ekologi. Pembangunan negara tidak harus membawa kemudaratan
                                            kepada ekologi negara. Dalam proses mencapai negara maju alam
              Memastikan bahawa dalam
              usaha mencapai pembangunan    sekitar harus dilindungi supaya kelestarian pembangunan akan
              ekonomi, perhatian yang
              sewajarnya diberikan kepada   berterusan tanpa membawa kesan mudarat kepada ekologi.
                                          2  Penyerapan kaedah pembangunan yang mesra alam harus diberikan
              perlindungan alam sekitar
              dan ekologi supaya kekal      penekanan. Teknologi canggih dan tinggi yang tidak membawa
              dalam jangka panjang bagi
              memastikan pembangunan        banyak memberikan impak kepada ekologi perlu diperoleh, diserap,
              negara dapat dikekalkan secara   dan dipindahkan agar dapat melonjakkan pertumbuhan negara.
              berterusan (Strategi Dasar     3  Teknologi-teknologi  seperti  bioteknologi,  nanoteknologi, dan
              Pembangunan Nasional)
              Meneruskan kemajuan           kejuruteraan canggih menjadi asas untuk melonjakkan perkembangan
              ekonomi, sosial, dan budaya   ekonomi negara.
                                          4  Berdasarkan IKHM,  subindeks alam sekitar mencatat skor 106.6
              serta peningkatan kualiti hidup
              rakyat Malaysia menerusi      mata pada tahun 2010. Hal ini disebabkan oleh peningkatan kualiti air
              kesejahteraan alam sekitar dan
              pembangunan lestari.          sungai terpilih dan lebih banyak kawasan mencatatkan kualiti udara



               30






         STPM PA P2_Bhg 2_Bab2.indd   30                                                                1/28/22   8:45 AM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20