Page 20 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 20

Pengajian Am Semester 2  STPM  Karangan
                                        Karangan   Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
                                            1      beretika menjadi cabaran  keempat Wawasan 2020.

               Layari laman web                    Huraikan langkah-langkah untuk merealisasikan objektif
               https://bit.ly/2Q5e3CI              ini dalam kalangan remaja.
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
               untuk mengetahui maklumat
               lanjut tentang Sembilan
               Cabaran Wawasan 2020.
                                                                  Isi-isi penting

                                           1  Mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Moral atau
           BAHAGIAN    INFO                  Pendidikan Islam
                                             •  Penerapan  nilai-nilai  murni  sangat  penting  untuk  memupuk
          3                                    tingkah laku yang baik bagi seseorang remaja
                                             •  Mementingkan  akhlak  yang  baik  membolehkan  seseorang
                                               mendisiplinkan sendiri
                                             •  Ditekankan  lagi  dengan  pengajaran  yang  lebih  praktikal  dan
                                               bukan secara teori sahaja supaya dapat mengawal masalah ini
                                               dengan lebih berkesan
                                           2  Kerajaan perlu mengadakan undang-undang kawalan yang
                                             lebih ketat untuk mengawal tempat-tempat hiburan
                                             •  Pusat  hiburan  merupakan  tempat  lazimnya  berlaku
                                               keruntuhan akhlak
                                             •  Undang-undang kawalan yang lebih ketat untuk mengharamkan
                                               tempat-tempat  hiburan  daripada  dikunjungi  oleh  remaja  di
                                               bawah had umur
                                             •  Menjalankan  operasi  membanteras  kegiatan  penjualan  pil
                                               ekstasi di pusat hiburan
                                             •  Menganjurkan program untuk golongan muda seperti Program
                                               Rakan Muda supaya lebih banyak remaja mendapat pendedahan
                                               mengenai pelbagai jenis aktiviti yang berfaedah
                                           3  Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal
                                             tingkah laku anak-anak
                                             •  Ibu bapa yang bekerja sering mengabaikan anak-anak
                                             •  Ibu bapa patut sering memberikan perhatian tentang keadaan
                                               anak-anak mereka di rumah dan di luar rumah
                                             •  Memberikan  kasih  sayang  dan  sokongan  kepada  anak-anak
                                               mereka  serta  menggalakkan  mereka  menyertai  aktiviti  yang
                                               berfaedah
                                             •  Apabila  anak-anak  menghadapi  masalah,  ibu  bapa  harus
                                               membantu anak menyelesaikan masalah
                                           4  Pihak sekolah dan institusi pendidikan memainkan peranan
                                             penting dalam memantau tingkah laku pelajar
                                             •  Guru  harus  diberi  kuasa  yang  lebih  dalam  menangani
                                               masalah disiplin pelajar
                                             •  Guru tingkatan perlu memberikan perhatian terhadap tingkah
                                               laku pelajar dalam kelasnya
                                             •  Guru  kaunseling  juga  penting  dalam  memberikan  nasihat
                                               melalui khidmat kaunseling


              178






         STPM PA P2_Bhg 3.indd   178                                                                    1/28/22   8:48 AM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25