Page 24 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 24

Pengajian Am Semester 2  STPM  Karangan

                                           5  Kepimpinan
                                             •  Kepimpinan melalui teladan
                                             •  Kepimpinan yang lemah dan tidak berwawasan
                                             •  Melemahkan integriti organisasi
                                             •  Kepimpinan autokratik sering menindas kakitangan bawahan
              Individu Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                               menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dan dendam




           BAHAGIAN  Pendahuluan        Karangan Contoh
                                            Pelan  Integriti  Nasional  dilaksanakan  untuk  merealisasikan

          3                             pembentukan masyarakat yang kukuh dari segi ciri-ciri moral dan etikanya.
                                        Namun begitu, terdapat pelbagai halangan yang dapat menjejaskan usaha
                                        tersebut.
                                            Pelan integriti merupakan satu senjata yang berkesan dalam memerangi
              Mengurangkan gejala rasuah,
              penyelewengan             gejala rasuah. Melalui pembinaan jati diri yang kuat dan disemai dengan
                                        nilai-nilai murni, usaha mengurangkan gejala rasuah dan penyelewengan
                                        boleh menjadi kenyataan. Pelan ini diharapkan dapat memperbaiki imej
                                        negara  yang  dicemari  oleh  golongan  yang  tidak  bermoral.  Pada  tahun
                                        2014, negara Malaysia menduduki tangga ke-50 daripada 175 buah negara
                                        di  seluruh  dunia  dalam  Indeks  Persepsi  Rasuah  yang  dikeluarkan  oleh
                                        Transparency  International.  Walaupun  lebih  baik  berbanding  dengan
                                        tahun sebelumnya tetapi masih tidak menyakinkan komuniti global.
                                            Sungutan demi sungutan dipaparkan di media massa tentang sistem
              Menambah baik sistem
              penyampaian kerajaan      penyampaian kerajaan yang tidak cekap dan tidak telus. Pelan Integriti
                                        Nasional bertujuan untuk melahirkan kakitangan yang berjati diri bersih
                                        dan jujur dalam menjalankan tugas untuk kebaikan organisasi dan bukan
                                        untuk kepentingan diri. Kakitangan yang bekerja dengan telus dan tanpa
                                        pilih  kasih  akan  meningkatkan  imej  tadbir  urus  negara  dan  mendapat
                                        sanjungan  daripada  masyarakat  tempatan  mahupun  global.  Malahan,
                                        sistem tadbir urus negara boleh mendapat pengiktirafan dunia.
              Meningkatkan kualiti dan      Pelan ini boleh meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat
              kesejahteraan hidup       memandangkan  rakyat  yang  berintegriti  menjamin  kepatuhan  kepada
                                        segala  undang-undang  dan  prosedur.  Mereka  tidak  perlu  berselindung
                                        dalam  menjalani  kehidupan  harian  kerana  segala  yang  dilakukan  oleh
                                        mereka  adalah  sahih.  Mereka  berpegang  teguh  pada  nilai-nilai  murni
                                        dan tidak akan melanggar undang-undang kerana dapat membawa padah
                                        kepada orang lain. Pematuhan kepada pelan ini memastikan kehidupan
                                        yang aman dan mengelakkan tingkah laku yang tidak baik.
                                            Malangnya untuk merealisasikan pelan ini, pelbagai rintangan harus
                                        diharungi. Pertama, setiap individu mempunyai sifat dan perwatakan yang
                                        berbeza-beza. Terdapat individu yang enggan berusaha untuk mengatasi










              182






         STPM PA P2_Bhg 3.indd   182                                                                    1/28/22   8:48 AM
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29