Page 23 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 23

Bahasa Melayu  Tingkatan 5  Penulisan


       Langkah 4: Membuat Kesimpulan

       Pihak         Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat


       Cadangan      perlu berusaha untuk mematuhi semua peraturan dan Prosedur Pengendalian
                     Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan

       Supaya        supaya masalah jangkitan COVID-19 ini dapat dikurangkan dan diatasi sepenuhnya.


       Amaran /      Kegagalan  mematuhi  peraturan  bukan sahaja  menyebabkan berlakunya
       Peringatan    peningkatan kes, malah turut membahayakan ahli keluarga dan orang tersayang.

       Peribahasa    Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna


       Kesan         Selain  membawa  maut, masalah  jangkitan COVID-19  ini turut  memberikan
                     pelbagai kesan negatif terhadap perkembangan ekonomi negara.

       Kira          72 patah perkataan




         Model   Karangan Lengkap

      Tanda pagar #kitajagakita perlu menjadi peringatan rakyat Malaysia kembali. Laporan akhbar
      tentang berlakunya peningkatan jangkitan kes COVID-19 amat membimbangkan. Peningkatan ini
      bukan sahaja menimbulkan kesusahan kepada rakyat, malah menyebabkan kelumpuhan beberapa
      sektor penting dalam menjanakan ekonomi negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
      melakukan pelbagai program. Namun begitu, program yang dilaksanakan masih belum memberi
      impak sepenuhnya. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, terdapat pelbagai usaha yang dapat
      kita lakukan untuk membendung masalah ini.
          Kita  mestilah  sentiasa  menjaga  kebersihan  diri.  Jangkitan  COVID-19  berlaku  disebabkan
      oleh virus SARS-CoV-2 yang terdapat pada individu positif virus berkenaan melalui titisan dari
      hidung atau mulut yang tersebar apabila individu tersebut batuk atau bersin. Apabila seseorang
      itu sentiasa menjaga kebersihan diri, peratus kebolehjangkitan menjadi semakin rendah kerana
      sentiasa memastikan persekitaran dan fizikal diri bebas daripada sebarang medium kotor yang
      dapat menyebabkan jangkitan. Kajian mendapati bahawa individu yang membasuh tangan lebih
      kerap mempunyai kebolehjangkitan yang lebih rendah berbanding dengan individu yang tidak
      membasuh tangan. Jadikan penjagaan kebersihan sebagai budaya kehidupan. Jelaslah, dengan
      menjaga kebersihan diri mampu mengurangkan jangkitan COVID-19.
          Kita hendaklah sentiasa memastikan penjarakan fizikal antara satu sama lain. Pengkaji
      perubatan mendapati bahawa virus ini lebih mudah tersebar melalui wap air apabila seseorang
      itu tidak menutup mulut sewaktu batuk atau menyentuh individu yang lain. Sebagai langkah
      pencegahan, kita diminta untuk tidak pergi ke kawasan tumpuan orang ramai dan menjaga jarak
      fizikal antara sama lain sekiranya terpaksa bertemu. Menjaga jarak merupakan satu cara pencegahan
      yang dapat mengurangkan berlakunya sentuhan dan mengelakkan virus dibawa balik ke rumah



                                                  87                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






 2. PENULISAN 02 PBD + BM TG5 2P.indd   87                                                 30/11/2022   12:14 PM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28