Page 17 - Ranger PT3 Reka Bentuk Teknologi 2020
P. 17

RBT PT3  Tingkatan 1  Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
                  (b)  Ujian titisan model separa berfungsi
                      •  Tujuan ujian ini adalah untuk memastikan keupayaan air mengalir dan menitis
                         ke dalam bekas tanaman.
                      •  Parameter perlu ditentukan terlebih dahulu iaitu masa dan kuantiti air.

                             Parameter                         Keputusan
                          1.  Masa ujian 15   Keputusan positif:
                             minit.         Air dapat mengalir dan menitis pada masa yang
                          2.  250 ml air.   ditetapkan.
                                            Keputusan negatif:
                                            Air tidak dapat mengalir dan menitis pada bekas
                                            tanaman.


              Pengurusan tanaman
       1
                1.  Pengurusan tanaman ialah pengendalian proses dari awal hingga akhir penanaman.
                2.  Kerja-kerja yang terlibat:
                  •  Penyediaan media
                  •  Penyemaian
                  •  Pengubahan
                  •  Pengawalan perosak
                  •  Pengawasan sistem pengairan
                  •  Penjagaan kebersihan ladang
                3.  Pengurusan tanaman melibatkan:
                  •  Pengurusan prasemaian dan penanaman
                  •  Pengurusan semaian
                  •  Pengurusan tanaman
                  •  Pengurusan penjagaan
                4.  Tujuan  pengurusan  tanaman  adalah  untuk  memastikan tanaman dalam keadaan
                  baik, berkualiti agar mendapatkan pulangan yang lumayan.
                5.  Selain itu, pengurusan tanaman juga dapat  mengelakkan  serangan  perosak  dan
                  penyakit, mengurangkan kos, dan meningkatkan kecekapan ladang.




              PRAKTIS      FORMATIF  5.1


                1.  Berikan definisi sistem fertigasi.
                2.  Senaraikan jenis-jenis sistem hidroponik.
                3.  Apakah keperluan asas dalam sistem fertigasi?
                4.  Mengapakah pengurusan tanaman penting dalam penanaman?  KBAT
                                                                          KBAT



         66                                                                                                                                                                                     PB
   12   13   14   15   16   17   18   19   20