Page 14 - Ranger PT3 Reka Bentuk Teknologi 2020
P. 14

RBT PT3  Tingkatan 1  Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
                Langkah-langkah pemasangan sistem fertigasi

                 Langkah 1  :  Menyediakan lakaran reka bentuk sistem fertigasi.
                 Langkah 2  :  Memotong paip poli mengikut ukuran yang dikehendaki dengan menggunakan
                             pemotong paip poli.
                 Langkah 3  :  Membuat lubang untuk nipple pada paip tertier dengan menggunakan alat
                             penebuk lubang.
                 Langkah 4  :  Menyediakan set penitis dengan memasukkan nipple dua alur pada hujung
                             tiub mikro dan sambungkan satu lagi hujung tiub mikro pada penitis.     1
                 Langkah 5  :  Menyambungkan  paip  tertier  pada  set  penitis  mengikut  jarak  yang
                             dikehendaki.
                 Langkah 6  :  Menyambungkan  paip  tertier  pada  paip  sekunder  dengan  menggunakan
                             penyambung tee dan penyambung L.
                 Langkah 7  :  Memasangkan  injap  penahan  antara  penyambung  tee  pada  paip  utama
                             untuk mengawal larutan baja dengan siku 90°.
                 Langkah 8  :  Melengkapkan pemasangan paip tertier dengan menggunakan penyambung
                             L untuk membentuk sambungan paip empat segi.
                 Langkah 9  :  Menyambungkan saluran air keluar ke pam dengan tiub lut sinar dan paip
                             poli.
                 Langkah 10  :  Masukkan pam air ke dalam tangki nutrien lalu menutup tangki dengan
                             penutup.
                 Langkah 11  :  Menyambungkan pam air pada alat pengatur masa (timer) yang bertindak
                             sebagai suis automatik yang mengawal bekalan elektrik mengikut jadual
                             yang ditetapkan.
                 Langkah 12  :  Melengkapkan penyambungan sistem pengairan pada tangki nutrien.


                5.1.3  Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi
                  1.  Lakaran boleh dihasilkan dalam bentuk lakaran 2D atau 3D. Lakaran 2D mengandungi
                     dua dimensi iaitu panjang dan lebar manakala lakaran 3D mengandungi tiga dimensi
                     iaitu panjang, lebar, dan tinggi.
                  2.  Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu:
                                        Jadual 5.3  Lakaran reka bentuk sistem fertigasi
                                   Teknik lakaran                        Penerangan

                      Teknik penyusunan sistem fertigasi jejari  •  Teknik ini adalah mudah
                                                                  dibuat tetapi larutan baja
                                                                  kemungkinan tidak sampai ke
                                                                  bekas tanaman paling hujung
                                                                  sekiranya tekanan rendah.







 62                                                                                            63
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19