Page 15 - Ranger PT3 Reka Bentuk Teknologi 2020
P. 15

RBT PT3  Tingkatan 1  Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
                                 Teknik lakaran                        Penerangan

                   Teknik penyusunan sistem fertigasi gegelang  •  Air baja dapat diagihkan
                                                                secara seimbang pada semua
                                                                bekas tanaman dalam teknik
                                                                ini.
                                                              •  Teknik ini mempunyai
                                                                kelebihan sekiranya mana-
                                                                mana bekas tanaman
                                                                ditanggalkan, aliran air
                                                                tetap sama mengalir tanpa
                                                                menjejaskan kesemua sistem.



              5.1.4  Analisis Elemen Reka Bentuk dalam Sistem Fertigasi
       1
                1.  Semua elemen reka bentuk perlu digunakan dalam lakaran sistem fertigasi.
                2.  Antara elemen reka bentuk adalah seperti berikut:

                                     Jadual 5.4  Elemen reka bentuk sistem fertigasi
                    Elemen                             Penerangan
                    Garisan  Menunjukkan lakaran laluan paip, injap kawalan, dan komponen yang
                             digunakan.
                    Bentuk   Menunjukkan keseluruhan sistem pada pandangan mata dan lebih
                             mudah difahami.
                    Rupa     Menunjukkan gambaran lakaran dalam bentuk 2D.
                    Tekstur  Menunjukkan kesan rasa terhadap sesuatu objek yang dilakarkan
                             seperti kasar atau licin.
                    Saiz     Menunjukkan perbezaan ukuran dan jarak terhadap objek yang dilakar.
                    Warna    Menunjukkan kesan ton pada objek yang dilakarkan.
                    Ruang    Ditunjukkan untuk memisahkan antara satu komponen dengan
                             komponen yang lain.


              5.1.5  Penilaian Lakaran Reka Bentuk Sistem Fertigasi
                1.  Kecenderungan inovasi, kreativiti, dan keaslian reka bentuk:
                  •  Inovasi boleh dilakukan dengan memperbaiki fungsi komponen utama supaya dapat
                     memberi manfaat dalam penggunaan.
                2.  Kandungan unsur simbolik, emosi estetika, dan penampilan:
                  •  Nilai tambah diberikan pada lakaran seperti ciri-ciri mesra alam pada reka bentuk
                     produk atau susunan semula imej, konsep agar dapat membawa mesej tertentu
                     pada lakaran.

         64                                                                                                                                                                                     65
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20