Page 16 - Ranger PT3 Reka Bentuk Teknologi 2020
P. 16
RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
3. Kecenderungan fungsi dan praktikal:
• Lakaran yang memenuhi pelbagai sasaran pengguna, keperluan semasa, dan
penyelesaian masalah.
4. Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran:
• Lakaran yang boleh menarik minat pengguna dan boleh diterima pengguna
seterusnya berpotensi untuk dikomersialkan.
5. Ergonomik:
• Mengimbangi interaksi antara produk, pengguna, dan persekitaran secara fizikal
serta psikologi seperti keselesaan, keselamatan, dan memudahkan penggunaan. 1
5.1.6 Pembinaan Mock-up atau Model Berstruktur Reka Bentuk Baharu
Sistem Fertigasi
1. Mock-up fertigasi akan memberi gambaran keseluruhan sistem fertigasi secara 3D.
2. Mock-up fertigasi biasanya kecil. Mock-up yang dikenal sebagai model olok-olok.
3. Mock-up dibina sebelum model atau prototaip dihasilkan.
4. Mock-up fertigasi dapat menunjukkan susun atur kemudahan, keringkasan, kedudukan
tangki, sumber air, punca tenaga elektrik serta komponen.
5. Mock-up fertigasi juga menunjukkan cara pemasangan kesesuaian komponen dan
penempatan laluan paip.
6. Model fertigasi mengikut rupa sebenar objek tetapi tidak berfungsi sepenuhnya.
Contoh pembinaan model sistem fertigasi menggunakan bahan kitar semula
1. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan model fertigasi ialah:
• Botol plastik
• Straw
• Cawan plastik
2. Dua ujian penilaian objek dijalankan ke atas model sistem fertigasi yang dihasilkan:
(a) Ujian sambungan mock-up
• Ujian penyambungan akan dilakukan pada setiap sambungan untuk memastikan
kekuatan cantuman dalam penghasilan mock-up.
• Parameter yang digunakan ialah nilai beban yang dikenakan pada sambungan
mock-up dan daya tolakan.
Parameter Keputusan
1. Beban 10 gram pada Keputusan positif:
setiap sambungan selama Tiada sambungan yang tertanggal.
2 minit. Keputusan negatif:
2. Gunakan daya tolakan Terdapat sambungan yang tertanggal.
jari.
64 65

