Page 12 - Ranger PT3 Reka Bentuk Teknologi 2020
P. 12
RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
Alat pengukur
• Dua jenis alat pengukur yang digunakan dalam sistem fertigasi iaitu pH meter
dan EC meter.
• PH meter digunakan untuk mengukur keasidan atau kealkalian air berdasarkan
skala 0 hingga 14.
• Nilai pH perlulah betul agar akar dapat menyerap nutrien dengan baik.
• EC meter berfungsi menyukat kadar aliran elektrikal/kepekatan larutan air baja.
1
Pemilihan jenis dan varieti tanaman
1. Pemilihan jenis tanaman dan varieti perlu sesuai dengan persekitaran kawasan seperti
kelembapan udara, suhu, dan tahap pengurusan.
2. Jenis dan varieti tanaman yang baik penting untuk mendapat hasil yang berkualiti
dan tinggi.
3. Biji benih dirawat terlebih dahulu sebelum disemai dalam dulang semaian yang diisi
dengan peat moss.
4. Anak benih yang berumur dua minggu kemudian dipindah ke dalam polibeg.
Pengurusan tapak dan alatan
1. Pemilihan tapak:
• Kawasan tanaman yang dipilih hendak diratakan sebaik mungkin untuk melancarkan
sistem pengairan. Aspek ini amat penting agar aliran air baja ke tanaman adalah
sama.
• Tapak yang rata agak penting untuk memastikan pembaziran dan kegagalan sistem
pengairan.
• Kawasan yang mendapat pendedahan maksimum kepada cahaya dan suhu yang
maksimum. Pencahayaan penting untuk fotosintesis. Kawasan yang perlu lapang
agar tanaman mendapat pendedahan cahaya yang mencukupi dan menghasilkan
buah yang berkualiti.
• Kawasan tanaman hendaklah bukan kawasan laluan angin kencang bagi mengelakkan
pokok tumbang atau kemusnahan kepada SPH yang dibina.
2. Sumber air:
• Tapak yang dipilih hendaklah mempunyai sumber air yang berkualiti dan mencukupi
untuk dibekalkan kepada tanaman.
• Sumber air tidak terhad kepada air sungai dan tasik. Air dari telaga, mata air
atau air paip juga boleh digunakan.
• PH air perlu berada dalam 6.5 – 7.5, bebas daripada kotoran, dan pencemaran
bahan kimia. Gunakan pH meter untuk mengukur nilai pH air.
3. Anggaran kos:
• Kos-kos yang terlibat dalam memulakan penanaman sistem fertigasi seperti sistem
pengairan, media tanaman, polibeg, racun serangga/kulat, dan baja fertigasi.
60 61

