Page 24 - Ranger PT3 2022 Sains
P. 24

Sains PT3  Bab 1  Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik


                   1.6    Langkah-langkah dalam Penyiasatan
                          Saintifik
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

                 1.  Terdapat 12 kemahiran proses sains yang perlu diamalkan oleh semua murid iaitu:
                     •  Memerhati                   •  Menggunakan perhubungan ruang
                     •  Mengelas                       dan masa
                     •  Mengukur dan menggunakan    •  Mentafsir data
                       nombor                       •  Mendefinisi secara operasi
                     •  Membuat inferens            •  Mengawal pemboleh ubah
                     •  Meramal                     •  Membuat hipotesis
                     •  Berkomunikasi               •  Mengeksperimen

                 2.  Penyiasatan saintifk dilakukan untuk memperoleh data atau keputusan yang dapat
         1
                    membuktikan kesahihan sesuatu hipotesis, teori atau hukum.
                 3.  Penyiasatan saintifik melibatkan langkah-langkah yang berikut:

                     (1)  Membuat pemerhatian
                         Menggunakan deria untuk melakukan pemerhatian terhadap suatu situasi/kejadian/
                         fenomena.


                     (2)  Mengenal pasti masalah
                         Membuat suatu pernyataan masalah berdasarkan pemerhatian.



                     (3)  Membuat hipotesis
                         •  Membuat tekaan yang munasabah dalam mencadangkan penerangan tentang
                          pernyataan masalah.
                         •  Hipotesis menghubungkan pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah
                          bergerak balas.


                     (4)  Mengenal pasti pemboleh ubah
                         •  Pemboleh ubah ialah faktor yang mempengaruhi keputusan eksperimen.
                         •  Tiga pemboleh ubah:
                          ✓  Pemboleh ubah dimanipulasikan (faktor yang diubah secara sistematik
                             sepanjang eksperimen)
                          ✓  Pemboleh ubah bergerak balas (faktor yang berubah sepanjang eksperimen)
                          ✓  Pemboleh ubah dimalarkan (faktor yang ditetapkan/tidak diubah sepanjang
                             eksperimen)


                     (5)  Merancang eksperimen
                         •  Menyediakan bahan dan radas yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen.
                         •  Menentukan cara yang betul untuk mengawal pemboleh ubah dan mengumpulkan
                          data/keputusan.



                                                     18                                                                                                 19






         01 Ranger sains PT3 Bab 1 Ting.1.indd   18                                         01/04/2022   9:04 AM
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29