Page 25 - Ranger PT3 2022 Sains
P. 25

Sains PT3  Bab 1  Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik

                        (6)  Menjalankan eksperimen
                            •  Eksperimen dijalankan seperti dirancang.
                            •  Langkah-langkah keselamatan perlu dipatuhi.

             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                        (7)  Mengumpul data
                            •  Data/keputusan perlu dikumpulkan dengan tepat dan jujur.
                            •  Data boleh direkodkan dalam bentuk jadual.

                                                                                                      1
                        (8)  Menganalisis dan mentafsir data
                            •  Data yang dikumpul dianalisis dengan menghubungkaitkan pemboleh ubah
                              dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas.


                        (9)  Membuat kesimpulan
                            •  Berdasarkan data yang diperoleh, hipotesis mungkin diterima atau ditolak.
                            •  Jika hipotesis ditolak, hipotesis yang baharu akan dibentuk dan eksperimen
                              dijalankan semula.


                        (10)  Menulis laporan
                            •  Laporan yang lengkap mengandungi maklumat berikut:
                              ✓ Pernyataan masalah   ✓  Prosedur
                              ✓ Hipotesis           ✓  Pemerhatian/Keputusan
                              ✓ Tujuan              ✓  Analisis dan tafsiran data
                              ✓ Pemboleh ubah       ✓  Kesimpulan
                              ✓  Bahan dan radas





                     1.7    Sikap Saintifik dan Nilai Murni dalam
                            Menjalankan Penyiasatan Saintifik


                    1.  Kajian sains seharusnya memberikan manfaat kepada manusia.
                    2.  Tujuan ini hanya boleh dicapai sekiranya sikap dan nilai positif berikut sentiasa
                      diamalkan semasa menjalankan kajian saintifik:
                      •   Menghargai sumbangan sains dan teknologi
                      •   Sistematik, yakin dan beretika
                      •   Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, orang sekeliling dan alam sekitar
                      •   Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
                      •   Rajin, bekerjasama dan ikram
                      •   Berfikiran terbuka
                      •   Menghargai keseimbangan alam semula jadi



 18                                                    19






         01 Ranger sains PT3 Bab 1 Ting.1.indd   19                                         01/04/2022   9:04 AM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30