Page 4 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 4

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat

        BAB                                 1.1  Masyarakat Feudal

       1
                                     Pengenalan

             Hasil Pembelajaran        1  Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup
                                          bersama-sama dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu
            Menjelaskan konsep            atau pergaulan hidup. Makna masyarakat juga boleh disebut sebagai
            masyarakat, konsep feudal,
            dan masyarakat feudal di      komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan
            Eropah dan Jepun.             cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula
                                          menerangkan  bahawa  masyarakat  merupakan  jaringan  perhubungan
                                          antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup
                                          dan  keseluruhan  hubungan  sosial.  Justeru,  masyarakat  juga  dapat
                                          menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara.
                                       2  Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang
                                          ditadbir oleh individu-individu tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan
                                          pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah
                                          mengikut sistem kelas  bersusun lapis mengikut hierarki.

           Dalam sistem feudal,        3  Dalam kalangan ahli sejarah pula, umumnya menganggap bahawa
           kedudukan individu bersusun    feudalisme adalah satu fenomena politik ketenteraan dengan menekankan
           lapis mengikut hierarki.       kepada kewujudan unsur-unsur pembahagian kuasa, sistem undang-
                                          undang, dan kelas-kelas ketenteraan persendirian yang diasaskan oleh
                                          hubungan vassalage-fief. Namun, tidak kurang juga ada yang menyatakan
                                          feudalisme sebagai fenomena sosio-ekonomi.
                                       4  Oleh yang demikian, masyarakat feudal adalah masyarakat yang terikat
                                          dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah
                                          ke atas golongan bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut
                                          susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan.
                                          Hubungan  antaranya berasaskan  kepada  saling  memerlukan antara
                                          golongan pemerintah dengan golongan bawahan.
                                       5  Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di
                                          Eropah Barat selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan
                                          sehingga abad ke-14 M.. Abad tersebut memperlihatkan era masyarakat
                                          yang digelar masyarakat feudal.
                                       6  Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal,
                                          iaitu digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang
                                          yang sekian lama diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi
                                          kelas atasan masyarakat itu yang meliputi perjanjian secara bertulis yang
                                          didominasi  kekuasaan  golongan atasan  (Mohd. Kamal Kamaruddin,
                                          2009: 49).
                                       7  Kemunculan sistem feudal di Eropah dipengaruhi oleh beberapa faktor.
           Faktor kemunculan sistem
           feudal di Eropah:              Antaranya:
           •  Keperluan mendapatkan       (a)  Keperluan mendapatkan perlindungan
             perlindungan
           •  Pengaruh Rom                    (i)  Pada Zaman Pertengahan Awal, kehidupan masyarakat
           •  Pengaruh Jerman                     amat sukar disebabkan serangan dan rompakan oleh orang
                                                  gasar. Serangan yang dilakukan oleh orang Gasar telah




            2






      Bab 01   2                                                                                     3/27/18   11:33 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9