Page 5 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 5

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                          menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang
                          berkesan. Hubungan masyarakat dengan dunia luar terputus,                         BAB
                          yang  berharga  bagi  masyarakat  Zaman  Pertengahan  Awal                       1
                          ialah tanah. Oleh yang demikian, apabila masyarakat diserang
                          oleh raja-raja orang gasar, mereka dengan sukarela memberi
                          penghormatan  kepada  wakil  raja-raja  orang  gasar  kerana
                          mereka mendapat perlindungan daripada musuh dan dapat
                          meneruskan kehidupan.
                      (ii)  Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi, rakyat
                          menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan tanah,
                          iaitu  lords.  Mereka berjanji akan menyerahkan sebahagian
                          daripada  hasil  tanaman  dan  menjadi  tenaga  tentera  kepada
                          lords.
                      (iii)  Dalam masa yang sama, tuan-tuan tanah pula mempunyai
                          musuh dengan tuan-tuan tanah yang lain. Oleh itu, mereka
                          juga memerlukan perlindungan. Maka, kebanyakan tuan-tuan
                          tanah ini mahukan golongan bangsawan  berkuasa ke atas
                          tanah anak-anak buah dan hamba-hambanya.
                      (iv)  Bagi tuan-tuan tanah yang memiliki tanah-tanah daripada raja
                          atau  duke disebut sebagai  tenants in chief (ketua penyewa).
                          Mereka akan memberikan sebahagian tanah kepada orang
                          lain untuk disewa dan diusahakan dan mereka akan menerima
                          kesetiaan daripada penyewa tersebut.
                  (b)  Pengaruh Rom
                      (i)  Pada akhir era pemerintahan empayar Rom, ramai         Galeri Info
                          golongan bangsawan yang berpengaruh telah mengambil
                          alih pentadbiran tempatan. Golongan bangsawan ini akan   Tidak terdapat pentadbiran
                          menjalankan pentadbiran, perundangan dan mengutip cukai.   pusat yang berkesan selepas
                                                                                 kejatuhan tamadun Rom
                          Para petani kini terpaksa membayar cukai yang tinggi hanya   akibat serangan orang
                          untuk mendapatkan keselamatan. Oleh yang demikian, ramai   gasar. Maharaja pada akhir
                          petani memberikan tanah-tanah mereka kepada tuan-tuan   pemerintahan tamadun Rom,
                          tanah utama atau magnates. Tanah-tanah ini akan disatukan   iaitu Maharaja Romulus
                                                                                 Augustus telah disingkirkan
                          menjadi estet. Sebagai ganti rugi,  lord akan membenarkan   menyebabkan empayar Rom
                          petani menggunakan tanah mereka seumur hidup. Perjanjian   yang luas telah berpecah-
                          ini dikenali sebagai  precarium. Pajakan  precarium ini lebih   belah sehingga mewujudkan
                                                                                 sistem feudal bagi mengisi
                          rendah bebannya kepada petani berbanding dengan cukai yang   kekosongan pemerintahan
                          dikenakan oleh Rom.                                    pada masa itu.
                      (ii)  Satu lagi amalan masyarakat Rom yang menyumbang
                          kepada feudalisme ialah amalan  patrocinium. Berdasarkan
                          amalan  patrocinium,  masyarakat atau rakyat yang miskin
                          akan dibenarkan bekerja untuk golongan bangsawan yang
                          berpengaruh bagi menyara kehidupan mereka. Dengan amalan
                          ini, tentera-tentera persendirian mula terbentuk bagi menjaga
                          keselamatan golongan bangsawan dan petani.
                      (iii)  Petani-petani yang mengusahakan estet-estet Rom mula
                          bersatu dengan petani yang memegang pajakan patrocinium.
                          Perubahan masa telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini
                          menjadi serf.



                                                                                                      3






      Bab 01   3                                                                                     3/27/18   11:33 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10