Page 6 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 6
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(c) Pengaruh Jerman
BAB (i) Kebanjiran puak Jerman di Eropah pada Zaman Pertengahan
Awal turut sama membawa amalan yang mereka amalkan
1
di Jerman. Mereka membawa sistem lord atau vassal yang
dipanggil comitatus. Sistem ini adalah sama dengan amalan
patrocinium dan pemerintah Jerman atau herzog telah
menyediakan makanan dan senjata kepada orangnya.
(ii) Tentera-tentera Jerman ini memberi naungan kepada patron-
patron Rom dan membentuk tentera persendirian besar yang
dipanggil bucellarians. Hubungan yang wujud ini disebut
feudal.
8 Faktor-faktor tersebut telah mempengaruhi kemunculan sistem feudal
di Eropah. Kemunculan sistem feudal ini menyaksikan sebahagian
besar golongan bangsawan yang memiliki tanah menjalankan kuasa
pemerintahan secara langsung dan kuasa politik ke atas daerah masing-
masing. Banyak raja dan putera-putera raja beransur-ansur menonjolkan
kekuasaan mereka dan mengurangkan kuasa golongan bangsawan
dengan memaksa mereka supaya taat setia kepada raja. Apabila kuasa
raja-raja bertambah kukuh, maka ketaatsetiaan kepada Maharaja Rom
akan semakin berkurangan.
9 Struktur sistem feudal yang diamalkan di Eropah adalah berbentuk
Raja piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah.
Bangsawan Penguasa (a) Golongan pemerintah, iaitu maharaja atau raja akan menduduki
gereja
tempat teratas dalam hierarki sosial. Lapisan kedua pula adalah
golongan anak raja dan bangsawan yang juga golongan pembesar-
Knight
pembesar negeri.
(b) Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa.
Rakyat biasa
10 Oleh yang demikian, dalam masyarakat feudal di Eropah memperlihatkan
raja mempunyai kuasa mutlak dan berada dalam kedudukan tertinggi,
diikuti oleh count, lord, manor, dan serf. Raja akan menyerahkan
Rajah 1.1 Hierarki masyarakat tanah kepada pegawai utama atau ketua penyewa (count). Count akan
feudal di Eropah
menyerahkannya kepada manor (satu unit sosio-ekonomi). Gereja pula
berkuasa di atas pelantikan raja dan ahli-ahli gereja.
11 Menurut sistem feudal, setiap orang mempunyai hak dan tanggungjawab
tertentu dan bergantung kepada jenis tanah yang dipajak dan syarat
pemajakannya. Tanah-tanah ini diperolehi daripada raja dan menjadi
kewajipan count untuk menyediakan askar dan menyumbangkan wang
kepada raja. Raja pula akan melindungi count dan tidak akan campur
tangan dalam soal tanah selagi count menjalankan kewajipan terhadap
raja.
12 Tahap paling bawah dalam sistem feudal ialah petani atau serf. Masyarakat
petani atau serf adalah golongan miskin dan tidak berpelajaran. Mereka
diberi hak yang sedikit dalam masyarakat tetapi mempunyai tugas yang
banyak. Tugas utama mereka adalah memuaskan hati tuan-tuan tanah
dan peluang untuk mengumpul kekayaan adalah tipis.
4
Bab 01 4 3/27/18 11:33 AM

