Page 9 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 9
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(e) Pengukuhan kewangan ini membolehkan Raja Henry VII
mengukuhkan kuasa mutlaknya dan tidak bergantung sepenuhnya BAB
kepada parlimen.
(f) Mengurangkan kekuasaan parlimen di England. Buktinya, parlimen 1
hanya bersidang lima kali sahaja dalam tempoh pemerintahannya
dan hanya sekali dalam tempoh 12 tahun yang terakhir dalam
pemerintahannya.
(g) Dalam segala hal, parlimen hanya mengikuti segala perintah yang
dikeluarkan oleh Raja Henry VII.
12 Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan Foto 1.1 Raja Henry VII
pemerintahan beraja berkuasa mutlak:
(a) Meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas
(livery).
(b) Pengekalan tentera persendirian, dan pemakaian lambang kuasa Layari laman web berikut
sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. untuk maklumat tentang
(c) Mengubah prosedur biasa keselamatan yang tidak memberi parlimen England:
• http://en.wikipedia.org/
keselamatan kepada para saksi menyebabkan saksi tidak berani wiki/Parliament_of_
memberi keterangan dan para juri pula takut membuat keputusan England
yang melukakan hati golongan bangsawan.
(d) Menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu
untuk menguruskan hal berkaitan harta benda dan situasi yang
menganggu ketenteraman awam. Badan ini menjadi popular dan INFO
berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan.
13 Dalam memperkukuhkan kewibawaannya, Raja Henry VII telah
mengadakan perikatan politik melalui perkahwinan.
(a) Raja Henry VII mengatur perkahwinan antara Arthur dengan
Catherine (puteri Sepanyol). Walaupun Arthur meninggal dunia
selepas beberapa bulan perkahwinannya, Catherine masih menetap
di England dan berkahwin dengan putera kedua Raja Henry VII
yang kemudiannya menjadi Raja Henry VIII.
(b) Puteri Raja Henry VII, iaitu Margaret dikahwinkan dengan Raja
James IV dari Scotland. Perkahwinan tersebut menjadi jalan perintis
kepada hubungan baik antara England dengan Scotland.
14 Era pemerintahan Dinasti Tudor berakhir apabila Ratu Elizabeth I Foto 1.2 Raja Henry VIII
meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Raja James I merupakan
pemerintah England yang memulakan pemerintahan Dinasti Stuarts
di England. Baginda memerintah dari tahun 1603 hingga tahun 1625.
Dasar pemerintahan Raja James I:
(a) Melaksanakan dasar “Raja itu daripada Tuhan dan undang-undang
itu daripada Raja.”
(i) Raja mempunyai status dan kedudukan yang suci.
(ii) Disebabkan kedudukan dan statusnya itu, maka raja mempunyai
hak dan kekuasaan yang suci hasil daripada anugerah Tuhan
untuk membolehkan raja menjalankan pemerintahan.
(iii) Oleh itu, rakyat harus patuh kepada raja. Foto 1.3 Raja James I
(b) Kedudukan raja mengatasi segala undang-undang yang digubal
oleh manusia.
7
Bab 01 7 3/27/18 11:33 AM

