Page 7 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 7

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
              13  Oleh yang demikian, kedudukan individu dalam masyarakat feudal
                  ditentukan secara taraf tersedia atau warisan dan taraf capaian, iaitu                    BAB
                  melalui penganugerahan yang diterima daripada maharaja atau raja.
                                                                                                           1
              14  Manakala feudalisme di Jepun pula telah berakar umbi sejak Zaman
                  Kamakura. Permulaan zaman feudalisme ini adalah kerana kewujudan
                  estet-estet persendirian yang dipanggil syo atau syoen. Pertumbuhan syo
                  telah memperlihatkan pemindahan kuasa dari kerajaan pusat kepada
                  tuan-tuan tanah di wilayah-wilayah.
              15  Pertumbuhan feudalisme juga telah dipercepatkan oleh kemerosotan
                  kuasa golongan aristokrat dan kebangkitan kelas pahlawan atau buke
                  di wilayah-wilayah. Golongan pahlawan ini memberi ketaatsetiaan dan   Layari laman web berikut
                                                                                  untuk maklumat tentang
                  kepatuhan kepada Kamakura. Kewajipan golongan pahlawan ini lebih   masyarakat feudal di Jepun:
                  berasaskan kepada moral daripada undang-undang.                 •  http://ms.wikipedia.org/
                                                                                    wiki/Sejarah_Jepun
              16  Feudalisme di Jepun juga telah diperkukuhkan oleh Minamoto Yorimoto
                  yang telah membuka jalan kepada kemunculan buke di wilayah-wilayah.
                  Buke juga telah mendominasi jawatan jito dan shugo. Calon-calon bagi
                  jawatan ini telah ditentukan oleh Kamakura Bakufu. Oleh itu, pegawai-    INFO
                  pegawai ini memberi ketaatsetiaan mereka kepada  Shogun yang juga
                  menguasai daimyo-daimyo yang lain.


             1.1.1  Masyarakat Feudal di England                                         ’16

               1  Perang Seratus Tahun adalah siri peperangan yang melibatkan pelbagai   Hasil Pembelajaran
                  konflik antara England dan Perancis.
                  (a)  Perang ini berlanjutan selama 116 tahun, iaitu bermula dari tahun   Menjelaskan ciri-ciri
                      1337 hingga tahun 1453.                                     masyarakat  feudal di
                                                                                  England dan susun lapis
                  (b)  Perang ini meninggalkan kesan kepada masyarakat England apabila   masyarakat England.
                      muncul semangat kesedaran nasional di dalam diri orang England.
                  (c)  Mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa persuratan
                      dan institusi kebangsaan berakar umbi di England.

               2  Setelah itu, berlaku pula perang saudara di England yang dikenali sebagai   Ciri-ciri masyarakat feudal
                  The Wars of Rose atau Perang Bunga Mawar. Keadaan huru-hara yang     England:
                  berpanjangan di England telah memaksa masyarakat England menerima   Politik
                                                                                 •  Maharaja
                  sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif penamat huru-hara   •  Bangsawan
                  yang berlaku.                                                  Ekonomi
                                                                                 •  Tanah
               3  Seterusnya, penubuhan monarki kebangsaan di Eropah pada abad ke-15   •  Ekonomi merkantilisme
                  telah merintis jalan kepada kemunculan pemerintahan berkuasa mutlak   Sosial
                  pada abad ke-16 dan ke-17 di England.                          • Mobiliti sosial
                                                                                 •  Raja Penguasa Agama
                  (a)  Masyarakat Eropah mempercayai bahawa sistem pemerintahan raja
                      mutlak adalah sistem yang memperlihatkan bahawa seseorang raja
                      dilantik oleh Tuhan untuk memerintah rakyatnya.
                  (b)  Tugas rakyat adalah untuk membantu raja tanpa soal. Jika seseorang
                      raja kejam dan tidak adil, rakyat harus menerima pemerintahannya
                      dengan tenang sebagai hukuman ke atas dosa-dosa mereka.
                  (c)  Pandangan ini telah diterima oleh institusi gereja dan mendapat
                      sokongan daripada raja.



                                                                                                      5






      Bab 01   5                                                                                     3/27/18   11:33 AM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12