Page 61 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 61
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(d) Kesannya membawa kepada penawaran buruh kanak-kanak yang
tinggi dalam pasaran perindustrian. BAB
6 Pertumbuhan perindustrian turut digalakkan dengan pertambahan 1
penduduk yang berhijrah dari luar bandar ke bandar-bandar utama di
Jerman.
(a) Kebanyakan kawasan perindustrian terletak di kawasan Ruhr,
Saxony, Silesia, dan Berlin.
(b) Penduduk di kawasan ini bertambah sekali ganda dan membawa
pertambahan dalam peluang pekerjaan.
7 Kekayaan Jerman dalam sumber bahan mentah turut menyumbang
kepada perkembangan perindustrian di Jerman.
(a) Sumber bahan mentah yang ada ialah arang batu, bijih besi, bijih
timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada tahun 1870.
(b) Kekayaan bahan mentah ini dibuktikan daripada peningkatan
pengeluaran bijih besi pada tahun 1887 daripada 4.0 juta tan kepada
15.5 juta tan.
8 Jerman juga terkenal dalam industri tekstil. Industri ini telah berkembang
sejak tahun 1870 di Saxony, barat Bavaria, Wurttemberg, dan Rhineland.
Kesan Revolusi Perindustrian
1 Masyarakat pertanian
(a) Perkembangan Revolusi Perindustrian membawa perkembangan
dalam sektor pertanian.
(i) Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 telah
menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan
pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila
terciptanya mesin.
(ii) Misalnya, masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila
traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda sebelum
ini.
(b) Sementara itu, kegiatan pertanian juga menghasilkan pengkajian
saintifik tentang tanah.
(i) Pada tahun 1802, ahli sains British, Humphry Davy telah
menerbitkan buku ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-
tumbuhan.
(ii) Melalui buku tersebut, beliau mengemukakan sumbangan Layari laman web berikut
ilmu kimia bagi mengatasi masalah kesuburan tanah dan untuk maklumat tentang
Humphry Davy:
tanaman. • http://en.wikipedia.org/
(iii) Prinsip yang diperkenalkan oleh Humphry Davy ini telah wiki/Humphry_Davy
tersebar ke beberapa negara Eropah yang lain.
(c) Jerman telah menghasilkan beberapa uji kaji untuk menghasilkan
bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman.
(i) Pada tahun 1840, ahli kimia Jerman, Justus von Leibig telah INFO
menjalankan beberapa uji kaji dan menemui formula untuk
menghasilkan baja tiruan atau baja kimia.
(ii) Kejayaan ini memberi kesan kepada Revolusi Pertanian di
Jerman.
59
Bab 01 59 3/27/18 11:33 AM

