Page 8 - top one bm tg3
P. 8

Bahasa Melayu  Ting. 3 KSSM  Bab 2 Sihat dan Cerdas

                                   Prosa Moden – Bawod

                Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


                   Beluntung memeluk ibunya  sebelum keluar meninggalkan mereka. Dia tersenyum sendirian.
                   Ibu sihat rupanya, katanya dalam hati. Akan tetapi hatinya masih tertanya-tanya kenapa ramai
                   orang di rumahnya? Dia mencari-cari bapanya. Bapanya hanya duduk tenang sesekali tergelak
                   mendengar perbualan rakan-rakannya di halaman rumah.
                       “Kenapa ramai orang di sini?”
                       “Kau lulus,  nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.” Beluntung tersenyum lagi. Dia
                   mendengar Bawod menjerit-jerit. Dia berlari tetapi terlanggar tunggul kayu. Beluntung tersungkur
                   dan tidak sedarkan diri buat beberapa ketika. Setelah sedar, dia berada di pangkuan bapanya.
                       “Mana Bawod, pak?”
                       “Bawod sudah disembelih. Bukankah kita akan adakan kenduri kesyukuran?”
                       Beluntung bingkas bangun sungguhpun kepalanya masih terasa pening. Dia tersungkur lagi
                   tetapi berjaya bangun sendiri, kemudian dia melangkah dengan lemah menuju ke arah Bawod
                   yang sudah terbujur kaku berlumuran darah. Beluntung melutut di hadapan Bawod yang tidak
                   bernafas lagi. Dia menangis sekuat-kuatnya.  Apabila kesedihannya memuncak  dia  melolong.
                   Tanpa sedar, dia memeluk Bawod. Mereka yang berada di tempat itu terlopong melihat seekor
                   binatang yang bakal dimakan tetapi diratapi oleh yang diraikan.
                       Beluntung memandang orang ramai yang mengelilinginya. “Binatang ini seperti manusia,
                   dia sahabat saya ...” Beluntung mengesat air matanya lalu memandang bapanya.
                       Orang ramai memujuk Beluntung. Bapa menghampiri Beluntung dan memeluknya.
                                                       Dipetik daripada cerpen ‘Bawod’, antologi Bintang Hati,
                                                              Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia


                         Nota  SMART                                           Entri Kata


                                                                            •  tunggul – pangkal pokok yang
                  Tema                                                        tertinggal dalam tanah
                   1.  Tema ialah persoalan utama yang hendak disampaikan oleh penyajak   •  bingkas – bangun dengan cepat
                     dalam karyanya.                                        •  terbujur – terbaring membujur
                   2.  Tema biasanya merupakan sebahagian daripada pengalaman hidup   •  melolong – meraung
                     yang dilalui, dilihat, atau dirasai oleh penyajak.     •  terlopong – ternganga
                   3.  Contoh tema yang popular ialah:                      •  diratapi – ditangisi
                     (a)  tema percintaan     (d)  tema perjuangan
                     (b)  tema alam sekitar   (e)  tema masyarakat
                     (c)  tema ketuhanan      (f)  tema kemanusiaan


                  1.  Mengapakah orang ramai berkumpul di         2.  Apakah tindakan Beluntung apabila
                    rumah Beluntung?                                mendengar jeritan Bawod?
                    A  Menziarahi  ibu  Beluntung  yang  tidak      A  Menangis sekuat-kuatnya
                        sihat                                       B  Melutut di hadapan Bawod
                    B  Membantu bapa Beluntung menyembelih          C  Berlari untuk mendapatkan Bawod
                        Bawod                                       D  Berjalan dengan lemah ke arah Bawod
                    C  Menghadiri  kenduri kesyukuran yang
                        diadakan oleh bapa Beluntung
                    D  Melawat Beluntung yang terjatuh kerana
                        terlanggar tunggul kayu


                                                             23                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         02 Top One BM Ting3.indd   23                                                                01/11/2019   11:58 AM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13