Page 9 - top one bm tg3
P. 9
Bahasa Melayu Ting. 3 KSSM Bab 2 Sihat dan Cerdas
3. Yang berikut merupakan pengajaran yang 4. Tema cerpen “Bawod” ialah
terdapat dalam petikan cerpen, kecuali A kasih sayang seorang bapa kepada
A kita hendaklah menyayangi makhluk lain. anaknya.
B kita haruslah mensyukuri kejayaan yang B kesetiaan haiwan peliharaan terhadap
diperoleh. tuannya.
C kita mestilah mempunyai perasaan C hubungan yang utuh antara manusia
simpati dan belas kasihan. dengan haiwan peliharaannya.
D kita haruslah berani menyertai aktiviti D gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
yang dapat memberikan manfaat. dalam pelajaran.
Pemahaman Petikan
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Petikan 1
Penggunaan herba dalam dunia perubatan sudah mula menyusul dalam menangani pelbagai
jenis penyakit. Pada umumnya, amalan menggunakan herba dalam perubatan tradisi masyarakat
setempat telah menjadi budaya sejak zaman silam, tetapi penggunaannya kini sudah diterima
sebahagian besar penduduk dunia. Sesuai dengan perkembangan pesat teknologi, dunia herba
turut maju dengan aplikasi teknologi terkini dalam penyediaan produk herba.
Antara kemajuan terbaharu ialah pengekstrakan berpiawaian beberapa jenis herba seperti
Ginkgo biloba untuk mendapatkan bahan aktifnya. Kajian mendapati bahawa produk herba lebih
mujarab dengan adanya piawaian yang membolehkan kandungan bahan aktif herba lebih sekata
dalam setiap produk yang dikeluarkan. Penggunaan bahan mentah herba tanpa mengekstrak bahan
aktifnya juga mungkin kurang berkesan berikutan kandungan bahan aktif yang tidak sekata akan
memberikan hasil berbeza mengikut individu.
Petikan 2
Ah, betapa bahayanya penyakit kanser! Getus hati kecilku. Maka peluang yang diberikan oleh
Profesor Haidar merupakan peluang terbaik aku untuk berbakti kepada manusia sejagat. Jika
benar tapai ubi berhasil mencegah penyakit kanser, kejayaannya merupakan sumbanganku kepada
tamadun manusia. Aku tidak perlu menjaja nama atas kejayaan itu. Yang penting aku mahu
menyumbangkan sesuatu.
Alangkah senangnya hatiku apabila mengetahui tapai ubi menghasilkan sejenis bakteria yang
sangat bermanfaat kepada manusia. Bakteria inilah yang didapati berkemungkinan mencegah
kanser. Jadi, berkemungkinan nanti pemakanan tapai ubi dapat mengurangkan risiko penyakit
kanser dalam kalangan manusia. Aku dan rakan-rakan kajian telah berjaya mengasingkan
bakterioson yang dinamakan bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus planetarium UL4,
iaitu sejenis bakteria asid laktik.
Dipetik daripada cerpen ‘Legasi Tapai Ubi’, antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia
1. Berdasarkan Petikan 1, mengapakah perubatan menggunakan herba sudah diterima sebahagian
besar penduduk dunia?
– digunakan untuk menangani pelbagai jenis penyakit
– aplikasi teknologi terkini dalam penyediaan produk herba
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 24
02 Top One BM Ting3.indd 24 01/11/2019 11:58 AM

