Page 11 - top one bm tg3
P. 11
Bahasa Melayu Ting. 3 KSSM Bab 2 Sihat dan Cerdas
Perincian Rangka Ulasan
Pendahuluan: penganjuran Kempen Makanlah Buah-buahan Tempatan – kerap diadakan di Malaysia – mempunyai
beberapa kelebihan
Isi Tersurat Isi Tersirat
(a) lebih berkhasiat dan segar dapat dipetik dari pokoknya – tidak menjalani proses import yang memakan
masa – kaya dengan vitamin
(b) harga lebih murah dan mudah menarik perhatian masyarakat berpendapatan sederhana – mudah dibeli di
didapati mana-mana
(c) menambahkan pendapatan pengeksportan buah tempatan – mengaut keuntungan yang banyak
negara
(d) memacu industri pelancongan bilangan pelancong asing bertambah pada musim buah – merasai keenakan
Malaysia buah
Penutup: negara kita menjadi terkenal di mata dunia – dapat menambahkan pendapatan
Penganjuran Kempen Makanlah Buah-buahan Tempatan kerap diadakan di Malaysia kerana
mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan
segar. Berbanding dengan buah-buahan import, buah tempatan dapat dipetik dari pokoknya
dan tidak menjalani proses import yang memakan masa. Buah-buahan tempatan juga kaya
dengan vitamin. Selain itu, harga buah-buahan tempatan lebih murah berbanding dengan buah
yang diimport. Hal ini menarik perhatian masyarakat yang berpendapatan sederhana untuk
menikmati buah-buahan ini, tambahan pula buah-buahan tempatan mudah dibeli di mana-mana.
Seterusnya, buah-buahan tempatan juga dapat menambahkan pendapatan negara. Pengeksportan
buah-buahan tempatan membolehkan negara kita mengaut keuntungan yang banyak. Akhir
sekali, Kempen Makan Buah-buahan Tempatan juga memacu industri pelancongan Malaysia.
Pada musim buah, terutama buah durian, bilangan pelancong asing bertambah di negara kita
untuk merasai keenakan ‘raja buah’ itu dan buah-buahan yang lain. Negara menjadi terkenal
di mata dunia dan pada masa yang sama, dapat menambahkan pendapatan.
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. KBAT Menilai
Menyihatkan tubuh badan Mengawal berat badan
Kepentingan
Aktiviti
Bersenam
Menenangkan fikiran Meningkatkan keyakinan diri
Kepentingan
Bersenam
untuk
INFO Pembelajaran
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 26
02 Top One BM Ting3.indd 26 01/11/2019 11:58 AM

