Page 12 - top one bm tg3
P. 12
Bahasa Melayu Ting. 3 KSSM Bab 2 Sihat dan Cerdas
D Penulisan
Karangan Respons Terhad
Model Karangan
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.
Aktiviti Sukan Lasak
10 Aktiviti
aktiviti sukan lasak – mendaki gunung dan ekspedisi Sukan Lasak
berbasikal – kian popular di Malaysia – remaja menjadi Popular di
lebih tabah – menyihatkan – menjalani kehidupan INFO Malaysia
yang lebih selesa – dapat memupuk budaya bersukan
– mengembangkan bakat melalui pertandingan
– kecemerlangan dalam bidang sukan dapat
ditingkatkan
Perincian Rangka Karangan
Pendahuluan: aktiviti sukan lasak – seperti mendaki gunung, ekspedisi berbasikal – antara yang kian popular – remaja
di Malaysia – banyak faedahnya
Isi Huraian
(a) menjadikan remaja lebih tabah menghadapi rintangan dan dugaan hidup
(b) menyihatkan badan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan kondusif
(c) menyediakan landasan ke arah dapat mengembangkan bakat – menyertai pertandingan
kecemerlangan sukan
Penutup: dengan menyertai sukan lasak, kecemerlangan dalam bidang sukan dapat ditingkatkan
Aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan ekspedisi berbasikal antara yang popular dalam
kalangan remaja di Malaysia. Aktiviti ini mempunyai banyak faedah.
Sukan lasak dapat menjadikan remaja lebih tabah menghadapi segala rintangan dan
dugaan hidup. Selain itu, sukan lasak juga menyihatkan badan. Apabila badan sihat, remaja
dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan kondusif. Seterusnya, sukan lasak juga dapat
menyediakan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Remaja dapat mengembangkan bakat
mereka dalam sukan lasak dengan menyertai pertandingan.
Kesimpulannya, penyertaan remaja dalam sukan lasak membolehkan kecemerlangan dalam
bidang sukan ditingkatkan.
27 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 Top One BM Ting3.indd 27 01/11/2019 11:58 AM

