Page 33 - Hybrid PBD KSSM 2021 Tg 5 - Sejarah
P. 33

Sejarah  Tingkatan 5  Bab 1


               Ciri Negara yang Berdaulat

                 Mempunyai pemerintahan
                                            •  Bertujuan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan, ekonomi.
                                            •  Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
                                            •  Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong.
                                            •  Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri.


                   Mempunyai sempadan
                             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                            •  Merupakan garis pemisah antara negeri atau negara.
                                            •  Sempadan  Malaysia  dipisahkan  oleh  darat,  air  dan  udara  dengan  negara  jiran
                                             seperti Singapura dan Indonesia.
                                            •  Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa khasnya PBB.


                 Mempunyai  perundangan     •  Menjadi asas kepada peraturan negara.
                                            •  Untuk memelihara kesejahteraan, keadilan dan melindungi rakyat.
                                            •  Sistem perundangan berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
                                            •  Parlimen  bertanggungjawab  menggubal  dan  menentukan  sistem  perundangan
                                             negara.

                     Mempunyai rakyat       •  Merupakan penduduk di sesebuah negara.
                                            •  Rakyat terikat dengan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh
                                             pemerintah.
                                            •  Rakyat pelbagai kaum disatukan melalui satu bahasa, kebudayaan, Rukun Negara
                                             serta identiti nasional yang sama.



               Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
                  Keberkesanan    •  Dasar pentadbiran dilaksanakan melalui jemaah menteri dan kementerian.
                  pentadbiran     •  Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
                                  •  Pembangunan ekonomi untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
                  Kemakmuran      •  Meliputi  bidang  pertanian,  perindustrian  dan  perdagangan  melalui  dasar  pembangunan
                    ekonomi
                                   ekonomi negara.
                                  •  Pelaksanaan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat.
                  Kesejahteraan   •  Bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenal bagi memupuk perasaan
                     sosial
                                   muhibah dan semangat perpaduan.
                                  •  Dasar luar digubal untuk menjalin hubungan dengan negara luar.
                 Kecemerlangan    •  Jalinan diplomatik melalui perjanjian dan kerjasama pelbagai bidang membolehkan Malaysia
                 hubungan luar     menikmati pelbagai faedah dan mempertahankan kedaulatan.
                     negara
                                  •  Keanggotaan dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dapat meningkatkan imej negara.


                                                  Memupuk patriotisme

                     Langkah                      Mengekalkan perpaduan kaum
                 mempertahankan
                 kedaulatan negara                Mengukuhkan pertahanan negara


                                                  Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi




              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                     2




         Bab 1.indd   2                                                                                             12/1/21   2:26 PM
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38