Page 14 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 14
Bahasa Melayu ting. 4 KSSm Tema 2 Memetik Bintang
TP
aSPeK Seni bahaSa
Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap
SP 4.1.2
karya.
Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Dia lelaki bergelar perkasa Dia lelaki sang gembala kuda
dengan cemeti keberanian di tangan hanya mengenal pantas tunggangan
rembat angkuhnya memacu takut tanpa membaca keletihannya
menghalau kuda-kuda di padang dia lelaki sang gembala kuda
berebutan memburu kandang. hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
Rumput dan jerami yang terhidang
dan kuda-kuda itu ditunggangi
adalah kanun janji kesetiaan
ditunggangi dan ditunggangi!
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
MOHD HASHIM OTHMAN
Dia lelaki punya kuasa Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
sesekali suaranya lebih gempita Kementerian Pendidikan Malaysia.
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.
1. Berikan maksud menentang semua kebobrokan.
Maksud menentang semua kebobrokan ialah melawan seluruh kerosakan atau kebinasaan.
2. Pada pendapat anda, mengapakah rangkai kata pacuannya diiring seribu keberanian perlu ada pada
diri Sang Gembala Kuda itu? KBAT Menilai
Rangkai kata pacuannya diiring seribu keberanian perlu ada pada diri Sang Gembala Kuda itu
kerana Sang Gembala Kuda menghadapi cabaran yang sukar dalam hidupnya. Sang Gembala
Kuda juga ingin memastikan dia mampu untuk mencapai kejayaan dalam setiap perjuangannya.
3. Nyatakan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
Pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah kita hendaklah bijak dalam merancang dan
menjalankan tugas dengan baik. Selain itu, kita mestilah berani menghadapi rintangan dan
cabaran. Kita juga perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan sesuatu tugas agar dapat mencapai
kejayaan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8

