Page 8 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 8

Bahasa Melayu  ting. 4 KSSm  Tema 1 Merealisasikan Impian


                                                                                             TP
                 Kemahiran membaca
            SP 2.1.2  Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.

           Baca skrip drama di bawah ini dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
           Lakonkan.




                 (Oleh sebab AIMAN lansung tidak berminat untuk menyertai program itu, maka surat
               tawaran PLKN itu langsung tidak dibukanya, malah sesampai di biliknya terus dicampakkan
              sahaja surat itu)


              NEK SENAH      :   Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran
                                 Aiman, ayam masak asam pedas.

              AIMAN          :   Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Senah. Nek
                                 Senah itu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum
                                 nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan
                                 dengan dia.


              NEK SENAH      :   Nenek sedar siapa diri nenek di dalam rumah ini. Tadi Kak Dapnia ada
                                 telefon beritahu dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di
                                 universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam  baru dia
                                 pulang.

              AIMAN          :   Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini
                                 sentiasa sibuk sahaja. Macamlah esok dah nak kiamat.


              NEK SENAH      :   Tak baik cakap begitu, mereka pasti ada urusan yang penting.
              AIMAN          :   Sudahlah, Nek Senah boleh keluar dari bilik ini. Nanti kalau saya   lapar,
                                 saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya
                                 buat. Saya bukannya budak kecil lagi.


                                                  (Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara”
                                                          dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
                                                       Tingkatan 4, Kementerian Pelajaran Malaysia)



















           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               2
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13