Page 9 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 9
Bahasa Melayu ting. 4 KSSm Tema 1 Merealisasikan Impian
TP
Kemahiran menuliS
Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah,maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul mengikut
SP 3.1.1
konteks.
Tulis satu ayat bagi setiap kata tunggal dan kata majmuk yang berikut bagi menunjukkan anda
faham akan maksud dan penggunaannya.
KATA TUNGGAL KATA MAJMUK
• stor • garis pusat
• skru • cari gali
• bangsal • suruhanjaya
• teratak • warganegara
1. Tukang kebun itu menyimpan mesin pemotong rumput di dalam stor berhampiran padang
sekolah.
2. Mekanik itu mengeluarkan sebutir skru pada tayar kereta ayah yang pancit semasa dalam
perjalanan ke tempat kerja.
3. Pak Sudin menukarkan beberapa keping atap baharu pada bumbung bangsal usang di dusun
miliknya itu.
4. Teratak milik bonda Haiqal masih kukuh walaupun telah ditinggalkan sejak sepuluh tahun yang
lalu.
5. “Carta pai yang kamu hasilkan mestilah mempunyai garis pusat sepanjang 15 sentimeter,” jelas
Cikgu Zulkarnain kepada murid-muridnya.
6. Usaha cari gali minyak yang dijalankan oleh Syarikat Petronas berjaya menemukan beberapa
lokasi sumber minyak di Teluk Mexico.
7. Kerajaan akan menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat ketirisan dana syarikat perladangan
milik negara.
8. Semua warganegara asing yang baru tiba di Malaysia dikehendaki untuk menjalani saringan
kesihatan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

