Page 13 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 13

Bahasa Melayu  ting. 4 KSSm  Tema 2 Memetik Bintang


                                                                                               TP
                   Kemahiran menuliS
                       Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar, dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat
              SP 3.2.1
                       yang gramatis.
             Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti. Kemudian, buat ramalan tentang potensi kerjaya
             pemandu pelancong pada masa hadapan.   KBAT Mencipta


                     Pemandu pelancong, Encik Yuksel, telah memberitahu kami beberapa panduan berbelanja
               di Istanbul. Pertama, jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan. Kedua, jangan berjalan
               sendirian.  Ketiga, jangan beritahu negara asal  sekiranya ditanya oleh para pekedai. Keempat,
               jangan naik ke tingkat atas kedai sekiranya dipelawa. Kelima, tawar harga setiap barangan yang
               ingin dibeli sehingga 70 peratus. Keenam, jangan gunakan kad kredit sebab terlalu berisiko ditipu.
                     Wah, banyaknya pantang larang! Aku mulai rasa tidak selamat. Apatah lagi setelah mendengar
               cerita Hajah Normah  bahawa pemandu-pemandu  bas berbangsa Turki di  Mekah hanya boleh
               berunding jika diberikan duit. Menurut Hajah Normah lagi, jemaah haji Turki, baik lelaki mahupun
               perempuan, biasanya bersikap kasar. Mereka suka merempuh jemaah yang lain ketika melakukan
               tawaf.
                                   (Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”, dalam antologi
                                            Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)


                            Ramalan potensi kerjaya pemandu pelancong pada masa hadapan

                1.  Berpeluang  untuk  menjana pendapatan  yang  lumayan kerana  kerajaan menggalakkan

                   perkembangan sektor pelancongan domestik dan luar negara.



                2.  Peluang pekerjaan yang terbuka luas disebabkan oleh tertubuhnya banyak syarikat pelancongan.





                3.  Kerjaya terjamin kerana banyak kemasukan pelancong luar negara serta sambutan daripada
                   pelancong tempatan.



                4.  Kerjaya ini akan terkesan sekiranya jaminan keselamatan negara terjejas akibat bencana alam

                   atau peperangan.









                                                          7                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18