Page 11 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 11

TEMA          Memetik Bintang               Bahasa Melayu  ting. 4 KSSm  Tema 2 Memetik Bintang


                  1 2

                                                                                              ms.  27 – 42
                                                                                     Buku teks



                                                                                               TP
                   Kemahiran mendengar dan bertutur
              SP 1.2.1  Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan dengan betul.

             Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, berikan respons dalam perbualan di bawah ini.

             Kamarul:   Apakah pekerjaan Kak Alia?
                                                                                                 TRACK 2
             Kakak Alia: Oh, Kak Alia bekerja sebagai jururawat!
             Kamarul:   Mengapakah Kak Alia memilih kerjaya jururawat?
             Kakak Alia:   Kak Alia memilih kerjaya jururawat kerana Kak Alia ingin berbakti kepada masyarakat
                        dengan cara                   merawat dan menguruskan pesakit                  .

             Kamarul:   Apakah tugas jururawat selain membantu para doktor merawat dan menguruskan pesakit?
             Kakak Alia: Selain membantu para doktor merawat dan menguruskan pesakit, jururawat juga
                        perlu merancang keperluan pesakit mengikut keadaannya dengan pemantauan para doktor .
                        Tugas sebagai jururawat ada cabarannya juga, Kamarul.
             Kamarul:   Apakah cabarannya, Kak Alia?
             Kakak Alia: Cabaran yang paling mencabar ialah   jururawat terpaksa berhadapan dengan pelbagai
                                    ragam dan kerenah pesakit serta kerenah ahli keluarga pesakit      .

             Kamarul:   Jadi, kerjaya jururawat agak tertekan juga.
             Kakak Alia: Betul. Oleh sebab itu, jururawat perlu mempunyai    sifat sabar yang tinggi   .
                          Sebagai jururawat, kami tetap akan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kami akan
                        berasa puas apabila pesakit yang dirawat sembuh.
             Kamarul:   Bolehkah kaum lelaki menceburi bidang ini?

             Kakak Alia: Sekarang, kaum lelaki sangat diperlukan untuk menceburi bidang kejururawatan.
             Kamarul:   Mengapakah begitu, Kak Alia?
             Kakak Alia: Kaum lelaki amat diperlukan untuk bekerja   dalam situasi yang berisiko  . Di beberapa
                        buah hospital, banyak jururawat lelaki ditempatkan di unit kecemasan dan trauma
                        kerana     mereka tidak mudah dipengaruhi oleh emosi dan cenderung mengambil
                                  tindakan yang praktikal       . Selain itu,   jururawat lelaki dapat
                                       mengendalikan pesakit yang agresif dan sukar dikawal             .

             Kamarul:     Betul. Kudrat lelaki lebih kuat daripada wanita. Oleh itu, dengan kehadiran jururawat
                        lelaki, beban dalam kalangan jururawat wanita dapat dikurangkan.
             Kakak Alia:   Betul kata Kamarul. Ingatlah, semua kerjaya ada cabarannya yang tersendiri dan hadapilah
                        cabaran tersebut dengan sabar dan tabah.

                                                          5                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16