Page 12 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 12
Bahasa Melayu ting. 4 KSSm Tema 2 Memetik Bintang
TP
Kemahiran membaca
SP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, nyatakan maklumat tersurat dan tersirat
berdasarkan petikan tersebut. KBAT Menganalisis
Perkembangan Internet dan kemampuan setiap orang memiliki komputer dan telefon bimbit menjadi
landasan utama perkembangan perniagaan dalam talian. Bukan sahaja barangan yang diiklankan,
malah pelbagai bentuk perkhidmatan turut diiklankan secara dalam talian.
Banyak peniaga yang sudah berjaya hingga bergelar jutawan. Mereka menggunakan laman
sosial seperti Facebook, Instagram, atau Telegram untuk mempromosikan barangan perniagaan.
Peningkatan kos sara hidup kini menyebabkan banyak orang yang menjalankan perniagaan dalam
talian untuk menjana pendapatan sampingan mereka.
Tanpa memerlukan modal yang besar atau kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan
komputer, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan dengan risiko kerugian sifar atau sangat
minimum. Bahkan ada yang memulakan perniagaan ini secara sambilan, tetapi akhirnya menjadi
sumber pendapatan utama sehingga mereka telah meninggalkan pekerjaan makan gaji.
Perniagaan dalam talian boleh dimulakan dengan mudah dengan menjadi agen dropship atau
menjual dengan cara mengambil pesanan awal (pre-order). Jika ada tempahan, pelanggan diminta
untuk membuat bayaran termasuk kos penghantaran. Dengan duit pelanggan, peniaga membeli
produk dan mendapat keuntungan hasil jualan tersebut. Perniagaan ini hanya memberikan fokus
kepada jualan semata-mata tanpa perlu memikirkan aspek teknikal seperti mewujudkan laman
sesawang atau melaburkan wang untuk promosi dalam perisian yang disediakan oleh pihak tertentu.
Isi tersurat Isi tersirat
1. Menjana pendapatan sampingan 1. Meningkatkan kewangan diri sendiri dan
keluarga
2. Tidak memerlukan modal yang besar 2. Tidak memerlukan premis perniagaan atau
stor untuk menyimpan barangan
3. Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi 3. Mengetahui aplikasi asas Facebook,
dalam mengendalikan komputer Instagram, Telegram, dan WhatsApp
4. Risiko kerugian sifar atau amat minimum 4. Masalah kewangan seperti hutang dan
muflis tidak berlaku
5. Perniagaan boleh dimulakan secara 5. Masa terluang dapat diisi dengan aktiviti
sambilan yang menguntungkan.
6. Tidak perlu mewujudkan laman sesawang 6. Menjimatkan masa dan kos promosi
atau melaburkan wang untuk promosi
dalam perisian
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6

