Page 27 - AMALI PROSES SAINS TG2
P. 27
Sains Tingkatan 2 Bab 2
Cadangan PdPc
1. Secara berkumpulan, guru meminta murid membuat persembahan multimedia bagaimana haiwan dan tumbuhan membuat penyesuaian
terhadap iklim habitat di gurun, tundra dan tropika.
2. Murid mencari maklumat, berbincang dan mempersembahkan maklumat dalam bentuk Microsoft PowerPoint.
3. Murid membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.
4. Murid membuat Aktiviti 2.8 dalam buku Amali Proses Sains di muka surat 20.
Panduan RPH
Aktiviti Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
2.9 Aktiviti Perbincangan Buku Teks 2.3 Saling Bersandaran dan Interaksi 2.3.3 Berkomunikasi mengenai contoh 21 – 22
m.s 33 – 35 antara Organisma dan antara interaksi antara organisma dan
Organisma dengan Persekitaran mengaplikasi interaksi tersebut
dalam kehidupan harian
Tahap Penguasaan: TP1 Mengingat kembali pengetahuan mengenai ekosistem
TP2 Memahami ekosistem
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, buku Amali Proses Sains, kertas
sebak, pen penanda Jigsaw –
EMK i-THINK Nilai Murni
Bahasa Peta Pokok Menyedari sains salah satu cara memahami alam
Cadangan PdPc
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan bilangan 5 orang ahli. Murid dalam kumpulan dilabel dengan nombor.
2. Murid akan dikumpulkan mengikut nombor masing-masing.
3. Guru memberi tugasan mengikut kumpulan untuk membincangkan interaksi antara organisma.
• Mutualisme
• Komensalisme
• Parasitisme
• Mangsa-pemangsa
• Persaingan
4. Dalam kumpulan, murid perlu mempelajari, memahami dan membincangkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan.
5. Setelah tamat tempoh perbincangan, murid kembali ke kumpulan utama untuk berkongsi maklumat yang diperoleh.
6. Murid melengkapkan jadual di muka surat 21 – 22.
Panduan RPH
Aktiviti Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
2.10 Aktiviti Perbincangan Buku Teks 2.3 Saling Bersandaran dan Interaksi 2.3.3 Berkomunikasi mengenai contoh 23
m.s 36
antara Organisma dan antara interaksi antara organisma dan
Organisma dengan Persekitaran mengaplikasi interaksi tersebut
dalam kehidupan harian
Tahap Penguasaan: TP1 Mengingat kembali pengetahuan mengenai ekosistem
TP2 Memahami ekosistem
TP3 Mengaplikasikan pengetahuan mengenai ekosistem untuk melaksanakan tugasan mudah
BBM PAK-21 KBAT
Pembentangan
Buku teks, buku Amali Proses Sains Mengaplikasi
(Perbahasan)
EMK i-THINK Nilai Murni
Menyedari sains salah satu cara memahami alam,
Bahasa, kelestarian alam Peta Bulatan
sistematik, yakin dan beretika, bekerjasama
Cadangan PdPc
1. Guru meminta murid menjalankan perbahasan bagi mengupas isu kawalan biologi lebih bermanfaat berbanding penggunaan baja kimia.
2. Guru melantik satu kumpulan murid sebagai pihak pencadang manakala satu kumpulan lagi sebagai pihak pembangkang.
3. Setiap kumpulan memilih tiga orang panel untuk membentangkan hujah.
4. Setiap kumpulan berbincang bagi mengumpul hujah.
5. Ahli kumpulan yang lain mencatat isi-isi penting yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak dan membuat kesimpulan.
6. Murid membuat Aktiviti 2.10 dalam buku Amali Proses Sains di muka surat 23.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. EG 2-4
BM PdPc Bab 2.indd 4 08/10/2020 3:19 PM

