Page 29 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 2 Bahasa Melayu
P. 29
Bahasa Melayu Ting. 2 Praktis 3 Pemindahan Maklumat
LATIHAN 9
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kementerian Belia dan Sukan melaporkan pelibatan rakyat ini dalam gaya hidup sihat seperti
bersukan adalah antara 50 peratus hingga 60 peratus sahaja. Jika amalan bersukan ini dapat
dibudayakan dalam kehidupan seharian, secara tidak langsung akan lahir masyarakat yang
mempunyai gaya hidup sihat yang akan menyebabkan tahap kesihatan mereka bertambah baik
dan pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, serta strok
dapat dihindari.
Secara realitinya, banyak kekangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk membudayakan
sukan kerana kehidupan zaman moden ini yang sangat mengehadkan usaha bersukan kerana
banyak masa dihabiskan di tempat kerja. Jika rakyat terlibat dalam sukan sudah tentu negara
banyak mempunyai calon dan pelapis yang berupaya untuk mengharumkan nama negara dalam
sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, dan Sukan SEA.
Kebanyakan rakyat negara ini menghabiskan cuti hujung minggu dengan balik ke kampung
atau membeli-belah barang keperluan harian. Jika hari bekerja, banyak masa mereka dihabiskan
dalam kesesakan jalan raya semasa pulang dari pejabat. Di samping itu, cuaca di Malaysia yang
agak panas menyebabkan seseorang itu cepat berasa dahaga dan penat. Jika ingin bersukan di
dalam rumah pula, peralatan sukan yang hendak dibeli agak mahal. Tambahan pula, keadaan
rumah yang sempit dan ruang yang terhad sehingga tidak ada ruang untuk menyimpan peralatan
sukan tersebut.
Seterusnya, sikap ibu bapa yang mementingkan akademik sehingga melarang anak-anak
mereka terlibat dalam bidang sukan di sekolah perlu diubah. Usaha kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebagai negara sukan perlu disambut secara positif oleh semua pihak. Tanpa bantuan
daripada pihak swasta dan sokongan rakyat usaha ini akan gagal. Oleh itu, tanpa mempedulikan
kekangan dan masalah, setiap individu perlu berusaha untuk melibatkan diri dalam sukan.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana bertajuk ‘Budaya Bersukan
Rakyat Malaysia’, Dewan Budaya, Bil. 6/2018
57 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis 3.indd 57 17/02/2022 10:55 AM

