Page 26 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 2 Bahasa Melayu
P. 26

Bahasa Melayu  Ting. 2  Praktis 3  Pemindahan Maklumat










                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.




















                  Panduan  Menjawab  Soalan  Rumusan

                 1.  Dalam bahagian ini, murid diminta untuk menulis rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100
                   patah perkataan.

                 2.  Semasa menulis  rumusan, calon  hanya perlu menulis isi  tersurat sahaja  tanpa  menulis  isi
                   tersirat.

                 3.  Murid perlu menulis rumusan dengan memasukkan sekurang-kurangnya lima isi penting. Tulis
                   rumusan dalam satu perenggan dengan ayat yang gramatis.






              LATIHAN 7
              Baca petikan  di bawah ini dengan teliti.  Berdasarkan petikan  tersebut, tulis satu  rumusan  yang
              panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
              sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

                Pada tahun 2016, Jabatan Alam Sekitar melaporkan sebanyak 43 batang sungai  telah mengalami
                pencemaran. Sejak dahulu lagi, sungai amat penting kepada manusia kerana sungai membekalkan
                air  bersih kepada  manusia.  Selain  itu,  kawasan tepi  sungai  jugalah  terbinanya  tamadun  awal
                seperti di Lembah Bujang di Kedah.
                     Di samping itu, di muara-muara sungailah terbentuknya kerajaan maritim yang menghubungkan
                masyarakat setempat dengan masyarakat antarabangsa. Selain itu, empangan-empangan dibina di
                hulu sungai untuk menjana kuasa elektrik. Di samping itu, kawasan-kawasan jelapang padi seperti
                di Kedah, di Perak, dan di Kelantan menggunakan air sungai untuk membolehkan padi ditanam
                sepanjang tahun walaupun pada musim kemarau panjang. Kawasan delta yang terbentuk di muara
                sungai sangat subur untuk sebarang aktiviti pertanian.


              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               54






         Praktis 3.indd   54                                                                          17/02/2022   10:55 AM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31