Page 28 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 2 Bahasa Melayu
P. 28

Bahasa Melayu  Ting. 2  Praktis 3  Pemindahan Maklumat


                     Pengguna Internet  dinasihatkan  agar  menyemak  berita  yang  diperoleh  sebelum
                menyebarkannya kepada orang lain. Berita-berita yang tidak sahih akan mengundang keburukan
                kepada mangsa dan penyebar. Maruah seseorang akan tercemar akibat berita palsu tersebut, malah
                kehidupan keluarga dan perniagaannya juga akan terjejas dengan hilang kepercayaan.
                     Dalam  menangani  masalah  ini, pihak Suruhanjaya  Komunikasi dan Multimedia  Malaysia
                (SKMM)  telah mengambil  beberapa  langkah proaktif.  Antaranya ialah  bekerjasama  dengan
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                penyedia  platform  untuk  memadam  video  atau  berita  yang  melanggar  Akta  Komunikasi  dan
                Multimedia 1998. Kerjasama turut dipanjangkan kepada pihak polis dengan memberikan maklumat
                dan kepakaran untuk membuat siasatan dan mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan
                penyebaran di Internet ini. Selain itu, SKMM telah melaksanakan program bercorak pendidikan
                seperti Klik dengan Bijak, Semak Sebelum Sebar, dan Sukarelawan ICT Malaysia yang bertujuan
                untuk menyedarkan masyarakat tentang sikap kebertanggungjawaban terhadap Internet.
                     Dalam  pada itu,  setiap pengguna harus mempunyai  kawal selia  diri  yang tinggi  bagi
                membendung  budaya  salah laku Internet.  Dalam  aspek penguatkuasaan  pula,  tindakan  tegas
                seperti pendakwaan terhadap mereka yang terlibat. Dalam memastikan negara dapat membendung
                penularan berita palsu dalam media sosial, rakyat diminta supaya bertindak proaktif dengan
                membuat  aduan  kepada  pihak  berkuasa  sekiranya  mereka  membaca  hantaran  yang  palsu  atau
                menyalahi undang-undang.
                     Penyebaran berita palsu akan terus berlaku selagi  masih ada individu yang menyebarkannya.
                Tindakan penguatkuasaan  merupakan sebahagian  daripada langkah penyelesaian,  namun usaha
                untuk menerapkan kesedaran terhadap akibat penyebaran berita palsu dan fitnah harus bermula
                pada peringkat berita tersebut mula-mula dicipta dan disebarkan.

                                             Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Masyarakat, Ogos 2019







































              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               56






         Praktis 3.indd   56                                                                          17/02/2022   10:55 AM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32