Page 27 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 2 Bahasa Melayu
P. 27
Bahasa Melayu Ting. 2 Praktis 3 Pemindahan Maklumat
Sungai juga digunakan sebagai laluan perhubungan dengan kawasan-kawasan lain. Sungai
Rajang di Sarawak masih lagi digunakan sebagai laluan perhubungan dan boleh dimudiki sehingga
274 kilometer ke pedalaman. Dari sudut geografi pula, sungai dijadikan sempadan antara negeri dan
negara. Antaranya ialah Sungai Bernam yang memisahkan Selangor dengan Perak, Sungai Kesang
menjadi sempadan antara Johor dengan Melaka, manakala Sungai Golok menjadi sempadan antara
Malaysia dengan Negara Thai.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Secara semula jadi, sungai kaya dengan fauna dan flora. Sungai membekalkan sumber
protein kepada masyarakat dahulu dan kini dengan habitat pelbagai jenis ikan air tawar. Kini,
Sungai Pahang dan Sungai Perak dijadikan kawasan penternakan ikan air tawar seperti tilapia,
patin, haruan, keli, dan jelawat.
Perubahan sikap orang ramai amat penting, khususnya mengutamakan kebersihan sungai
bagi kelangsungan hidupan sungai dan kepentingan sungai kepada generasi kini dan generasi akan
datang. Kegiatan-kegiatan ekonomi yang menyebabkan pencemaran sungai seperti pembuangan
sisa-sisa ladang dan najis-najis haiwan ke dalam sungai perlu dihindari. Sikap sesetengah
pengusaha kilang yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai mesti dihindari.
Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Masyarakat, Ogos 2019
LATIHAN 8
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kemajuan Internet berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK). Internet sebagai alat perhubungan dan pengurusan kewangan menjadikan kehidupan
manusia lebih mudah. Malangnya, semakin banyak pihak yang mengambil kesempatan dengan
menggunakan kemudahan jaringan Internet ini untuk menyebarkan berita palsu, fitnah, dan jenayah
siber.
55 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis 3.indd 55 17/02/2022 10:55 AM

