Page 19 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 19

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
                Rangka Ulasan

               Isi tersurat / isi tersirat
               •  banyak kawasan yang menarik – kawasan pantai, tanah tinggi, dan pulau
               •  keunikan budaya masyarakat Malaysia – masyarakat berbilang kaum dan mesra
               •  terdapat pelbagai kemudahan – pengangkutan dan perhubungan yang cekap serta kemudahan
                penginapan
               •  promosi pelancongan – program-program untuk menarik pelancong


                Model  Ulasan  Mantap
                 Kedatangan pelancong ke Malaysia memberikan pendapatan yang besar kepada negara.
              Antara faktornya ialah banyak terdapat kawasan yang menarik di Malaysia seperti pantai-
              pantai yang cantik, iaitu Cherating dan Pantai Tanjung Rhu, kawasan tanah tinggi seperti
              Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Genting, serta kawasan pulau seperti Pulau Langkawi dan
              Pulau Sipadan. Keunikan budaya dan kemesraan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
              turut menarik kedatangan pelancong. Seterusnya, sistem pengangkutan darat, udara, dan
              laut yang canggih serta kemudahan penginapan merupakan bonus kepada industri ini.
              Selain promosi pelancongan, pelbagai program pelancongan turut diadakan seperti Tahun
              Melawat Malaysia, Le Tour de Langkawi, dan pelbagai pesta yang dapat menarik kunjungan
              para pelancong. Oleh itu, wajarlah Malaysia dianggap sebagai «MalaysiaTruly Asia».
                                                                          (94 patah perkataan)





               Model
                            44       Ketagihan Rokok



              Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
              100 patah perkataan.



                 KEMPEN REMAJA SIHAT
                           TANPA ROKOK
                        Rokok menyebabkan remaja:

                        ✓  Kurang berminat untuk belajar
                        ✓  Mencuri dan memeras ugut
                        ✓  Terdedah kepada penyakit kanser









                                                    52




       Bab 1c Ulasan.indd   52                                                            15/03/2021   11:15 AM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24