Page 18 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 18

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
                  Rangka Ulasan

                  Isi tersurat / isi tersirat
                  •  bilangan  penghidap  demam  denggi  yang  meninggal  dunia  semakin  bertambah  –  membimbangkan
                    semua pihak
                  •  membuang sampah di tempat yang disediakan – terutama bekas yang dapat menakung air
                  •  membersihkan atau membuang bekas-bekas yang menakung air – pasu bunga, tempayan, dan kolah –
                    mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes
                  •  menggunakan ubat pencegah jentik-jentik secara berkala – dalam bekas takungan air
                  •  semua pihak perlu bekerjasama menangani masalah denggi – “Tiada Aedes Tiada Denggi”

                   Model  Ulasan  Mantap

                    Bilangan penghidap demam denggi yang meninggal dunia semakin bertambah dan
                membimbangkan semua  pihak. Pelbagai cara perlu  diambil untuk mengelakkan wabak
                penyakit demam denggi. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan membuang
                sampah di tempat yang disediakan. Semua bekas yang dapat menakung air seperti tin
                minuman, tayar buruk, dan botol hendaklah dibuang atau ditanam untuk mengelakkan
                pembiakan nyamuk Aedes. Manakala, bekas-bekas seperti pasu bunga, tempayan, dan kolah
                hendaklah dibersihkan selalu supaya nyamuk Aedes tidak dapat membiak. Seterusnya,
                penggunaan ubat pencegah jentik-jentik secara berkala dalam bekas takungan air dapat
                mencegah  pembiakan nyamuk Aedes. Tegasnya, semua  pihak perlu bekerjasama dalam
                menangani masalah demam denggi kerana ‘Tiada Aedes, Tiada Denggi’.
                                                                             (97 patah perkataan)

                 Model                 Perkembangan Sektor Pelancongan
                              43       Negara



                Lihat peta di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
                100 patah perkataan.
                       TEMPAT-TEMPAT TUMPUAN PELANCONG DI PULAU LANGKAWI


                                                               ❀ Banyak tempat menarik untuk dilawati
                                                               ❀ Keunikan budaya dan kemesraan rakyat
                                                               ❀ Pelbagai kemudahan yang disediakan
                                                               ❀ Promosi pelancongan
















                                                      51




       Bab 1c Ulasan.indd   51                                                            15/03/2021   11:15 AM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23