Page 20 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 20

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
                  Rangka Ulasan

                  Isi tersurat / isi tersirat
                  •  ketagihan rokok menghilangkan minat belajar – menimbulkan masalah sosial
                  •  memberikan kesan terhadap kesihatan – terdedah kepada penyakit kanser
                  •  ibu bapa perlu memantau pergaulan anak-anak – elak daripada merokok
                  •  peranan pihak kerajaan – mengadakan kempen kesedaran

                   Model  Ulasan  Mantap

                    Semakin banyak generasi muda terutama golongan murid yang merokok. Perkara
                ini menjadi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat. Ketagihan rokok bukan sahaja
                menyebabkan murid hilang minat untuk belajar, malah mereka lebih cenderung untuk
                menimbulkan masalah  sosial seperti  mencuri dan memeras  ugut untuk  mendapatkan
                wang bagi membeli rokok. Gejala merokok juga memberikan kesan terhadap kesihatan
                perokok. Mereka akan terdedah kepada penyakit kanser. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
                perlu memantau pergaulan anak-anak mereka dan mengelakkan mereka daripada mencuba
                untuk merokok kerana banyak kesan buruknya. Seterusnya, pihak kerajaan haruslah
                melipatgandakan kempen antimerokok dalam kalangan murid dan masyarakat serta menguar-
                uarkannya menerusi media massa dalam usaha menangani isu ini. Kesimpulannya, merokok
                merupakan tabiat yang buruk. Oleh itu, jauhilah amalan merokok demi menjaga kesihatan.
                                                                            (100 patah perkataan)

                 Model
                              45       Belilah Barangan Buatan Malaysia



                Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
                100 patah perkataan.



                               Belilah Barangan Buatan Malaysia



                    Memajukan industri
                      di dalam negara
                    Mutu yang setanding
                      dengan barangan
                      jenama antarabangsa
                    Menyumbang kepada
                      peningkatan
                      ekonomi negara






                                                      53




       Bab 1c Ulasan.indd   53                                                            15/03/2021   11:15 AM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25