Page 59 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 59

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 2  Bab 5 Karangan Respons Terbuka
                Aiman        :  Apakah kesan daripada pencemaran sungai ini?
                Encik Zaharul  :  Kesan yang paling dominan ialah  krisis bekalan air bersih. Sungai
                               merupakan kawasan tadahan air. Pencemaran sungai mengganggu bekalan
                               air bersih untuk kegunaan  domestik. Bukan itu sahaja, potensi sungai
                               sebagai tempat rekreasi juga terjejas. Selain itu, hidupan akuatik turut
                               musnah dan sumber protein sesetengah penduduk yang bergantung pada
                               sumber ikan air tawar juga tergugat.
                Aiman        :  Pada pandangan encik, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan
                               untuk mengatasi masalah pencemaran sungai?
                Encik Zaharul  :  Setiap individu hendaklah menghayati Kempen Cintai Sungai Kita. Bagi
                               saya, hanya dengan memupuk rasa cinta akan sungai masalah pencemaran
                               sungai dapat ditangani. Kerajaan juga perlu mengenakan tindakan yang
                               tegas terhadap pengusaha kilang yang membuang sisa-sisa toksik ke
                               dalam sungai. Seterusnya, badan-badan tertentu dan syarikat swasta
                               boleh menjadikan sungai tertentu sebagai sungai angkat. Air kumbahan
                               domestik pula perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam
                               sungai.
                Aiman        :  Akhir kata, apakah nasihat encik kepada rakyat di negara ini tentang
                               penjagaan sungai?
                Encik Zaharul  :  Kita perlu memelihara sungai sebagai warisan negara dan memulihara
                               sungai yang tercemar. Rasa tanggungjawab terhadap kebersihan sungai
                               amat penting demi memastikan kehidupan yang sejahtera.
                Aiman        :  Terima kasih sekali lagi atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan
                               wawancara ini.
                Encik Zaharul  :  Sama-sama.


                Sudut Kata
                  •  sewenang-wenang – sesuka hati
                  •  kontraktor – orang atau syarikat yang mengikat perjanjian untuk menjalankan perkhidmatan dan
                    sebagainya
                  •  dominan – ketara
                  •  krisis – masalah atau keadaan genting
                  •  domestik – berkenaan kegiatan rumah tangga
                  •  akuatik – hidupan air
                  •  kumbahan – air yang telah digunakan untuk membasuh














                                                     235




       Bab 5i K.Umum.indd   235                                                           15/03/2021   11:33 AM
   54   55   56   57   58   59   60