Page 58 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 58
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Rangka Karangan
Pendahuluan
memberikan pengenalan ringkas – menyatakan orang yang diwawancara – topik wawancara – ucapan
selamat pagi dan terima kasih kerana sudi diwawancara
Isi-isi penting
• bertanyakan faktor yang menyebabkan pencemaran – sikap tidak bertanggungjawab – membuang
sampah, sisa toksik, dan sisa binaan ke dalam sungai
• pembangunan negara yang dirancang dengan baik mengurangkan pencemaran
• kesan pencemaran sungai – krisis bekalan air bersih – potensi sungai sebagai tempat rekreasi terjejas
– hidupan akuatik musnah – sumber ikan air tawar terjejas
• langkah mengatasi pencemaran sungai – menghayati kempen Cintai Sungai Kita – tindakan tegas
kerajaan – menjadikan sungai sebagai sungai angkat – merawat air buangan domestik
• nasihat kepada rakyat – memelihara sungai sebagai warisan negara – memulihara sungai tercemar –
memastikan kehidupan yang sejahtera
Penutup
ucapan terima kasih kerana menjayakan wawancara
Model Karangan Mantap
Bersempena dengan pelancaran Kempen Cintai Sungai Kita, saya, Aiman bin Radzi
berkesempatan untuk mewawancara seorang pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar, Encik
Zaharul bin Zamri tentang masalah pencemaran sungai di negara ini.
Aiman : Selamat pagi, Encik Zaharul. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian
encik meluangkan masa untuk diwawancara pada hari ini.
Encik Zaharul : Sama-sama. Kebetulan saya mempunyai masa yang terluang.
Aiman : Pencemaran sungai masih menjadi isu walaupun banyak usaha dijalankan
untuk menangani keadaan ini. Pada pendapat encik, apakah faktor yang
menyebabkan pencemaran sungai?
Encik Zaharul : Terdapat banyak faktor. Antara yang utama ialah sikap tidak
bertanggungjawab segelintir masyarakat. Di sesetengah tempat terutama
di petempatan setinggan, sampah dibuang ke dalam sungai menyebabkan
sungai menjadi kotor dan cetek. Sesetengah pengusaha kilang pula
membuang sisa toksik ke dalam sungai secara sewenang-wenang
menyebabkan sungai dicemari sisa toksik yang membunuh hidupan di
dalamnya. Ada pula kontraktor binaan mengambil jalan mudah dalam
mengendalikan sisa-sisa binaan dengan membuangkannya ke dalam
sungai.
Aiman : Ada pendapat yang mengatakan bahawa pembangunan negara yang
menjadi punca pencemaran sungai. Apakah komen encik?
Encik Zaharul : Sebenarnya pembangunan negara jika dirancang dengan baik dapat
mengurangkan pencemaran. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengusaha
rakus meneroka hutan atas nama pembangunan tanpa memikirkan
kesannya terhadap alam sekitar, terutamanya sungai.
234
Bab 5i K.Umum.indd 234 15/03/2021 11:33 AM

