Page 57 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 57

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 2  Bab 5 Karangan Respons Terbuka
                Encik Hasnul :  Ya, saya merupakan  perintis projek tersebut. Saya memulakan projek
                              ternakan ini sepuluh tahun yang lalu. Kini banyak penternak telah berjaya
                              dalam bidang ini.
                Ramli       :  Adakah hal ini menjejaskan usaha encik?
                Encik Hasnul :  Tidak. Saya menganggap persaingan ini sebagai persaingan yang sihat.
                              Negara masih kekurangan bekalan lembu daging dan kerajaan terpaksa
                              mengimport bahan ini dari negara lain seperti Australia dan New Zealand.
                Ramli       :  Tidak mudah untuk berjaya seperti encik. Apakah rahsia kejayaan encik?
                Encik Hasnul :  Perkara yang penting, setiap perkerjaan hendaklah dilakukan dengan
                              bersungguh-sungguh. Sebenarnya, bidang pertanian mampu memberikan
                              pendapatan yang lumayan kerana hasil pertanian sentiasa diperlukan oleh
                              semua orang. Permintaan terhadap bahan makanan meningkat seiring
                              dengan pertambahan penduduk.
                Ramli       :  Sebelum berpisah, apakah nasihat encik kepada usahawan muda yang ingin
                              menceburi bidang pertanian?
                Encik Hasnul :  Faktor minat dapat menjamin kejayaan seseorang. Setiap usahawan muda
                              perlu peka terhadap keperluan semasa dan sentiasa membuat kajian serta
                              penyelidikan untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan berkualiti.
                              Di samping itu, mereka juga perlu bijak meneroka pasaran baharu untuk
                              memasarkan hasil pertanian mereka. Bidang pertanian perlu dikomersialkan
                              untuk menjadikannya berdaya saing.
                Ramli       :  Saya mengucapkan terima kasih kepada   Sudut Kata
                              encik kerana sudi diwawancara. Semoga
                              encik terus berjaya dalam bidang yang   •  perintis – yang mula-mula sekali
                              diceburi.                           •  dikomersialkan – dijadikan
                                                                    barang dagangan
                Encik Hasnul :  Terima kasih.                     •  berdaya saing – mempunyai
                                                                    kemampuan untuk bertanding





                 Model
                              56       Masalah Pencemaran Sungai



                Selaku  wartawan  akhbar,  anda  telah  mewawancara  seorang pegawai  Jabatan  Alam  Sekitar
                tentang masalah pencemaran sungai di negara ini.
                Tulis wawancara anda itu selengkapnya.









                                                     233




       Bab 5i K.Umum.indd   233                                                           15/03/2021   11:33 AM
   52   53   54   55   56   57   58   59   60