Page 56 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 56
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Model
55 Penerima Anugerah Peladang Jaya
Bersempena dengan Hari Peladang Kebangsaan, anda telah menemu bual seorang peladang
yang menjadi penerima Anugerah Peladang Jaya 20XX peringkat negeri untuk dimuatkan dalam
majalah syarikat anda bekerja yang berfokus kepada pertanian.
Tulis temu bual tersebut selengkapnya.
Rangka Karangan
Pendahuluan
ucapan selamat pagi dan tahniah atas anugerah – bertanyakan perasaan – gembira dan terharu – banyak
peladang yang turut layak
Isi-isi penting
• bertanyakan tanaman yang diusahakan – peringkat awal, tanaman buah-buahan pisang – kini buah-
buahan lain untuk dieksport
• merupakan perintis projek ternakan lembu – sepuluh tahun lalu – kini banyak penternak – persaingan
yang sihat
• bertanyakan rahsia kejayaan – pekerjaan dilakukan dengan bersungguh-sungguh – bidang pertanian
mampu memberikan pendapatan yang lumayan
• nasihat kepada usahawan muda – faktor minat menjamin kejayaan – membuat penyelidikan – meneroka
pasaran baharu – bidang pertanian dikomersialkan
Penutup
ucapan terima kasih – semoga berjaya dalam bidang yang diceburi
Model Karangan Mantap
Baru-baru ini, saya Ramli bin Awang selaku pemberita Majalah Tani telah menemu bual Encik
Hasnul bin Hashim atas kejayaannya menerima Anugerah Peladang Jaya 20XX Peringkat
Negeri Pahang. Yang berikut merupakan hasil temu bual saya dengannya.
Ramli : Selamat pagi, Encik Hasnul. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah
kerana encik dipilih untuk menerima anugerah Peladang Jaya 2017 peringkat
negeri pada tahun ini. Bagaimanakah perasaan encik apabila diumumkan
sebagai penerima anugerah?
Encik Hasnul : Sudah tentu saya berasa gembira dan terharu. Sebenarnya masih banyak
peladang yang berjaya di luar sana yang turut layak menerima anugerah ini.
Ramli : Apakah tanaman yang encik usahakan?
Encik Hasnul : Pada peringkat awal, saya mengusahakan tanaman buah-buahan. Mula-
mula saya menanam pisang. Kini saya mengembangkan usaha saya dengan
menanam buah-buahan seperti belimbing, jambu batu, dan nangka madu
untuk dieksport.
Ramli : Saya difahamkan bahawa encik juga mengusahakan ternakan lembu. Adakah
perkara ini benar?
232
Bab 5i K.Umum.indd 232 15/03/2021 11:33 AM

