Page 55 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 55
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
nyawa pelumba itu sendiri. Kegiatan lumba haram umumnya melibatkan
golongan remaja yang berlumba tanpa menghiraukan keadaan trafik dan
tindakan ini amat berbahaya.
Faizal : Apakah faktor yang menyebabkan gejala ini?
Inspektor Azim : Antara faktor utamanya ialah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja
mudah menerima ajakan rakan untuk berlumba kerana ingin dianggap
berani. Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang
pergaulan anak-anak juga menjadikan gejala ini berleluasa. Pengaruh
media massa seperti filem-filem aksi lumba dan penerbitan majalah
tentang kenderaan yang diubah suai, permainan video, dan komik yang
mengetengahkan aksi lumba turut memainkan peranan. Perkara yang
lebih buruk, ada pihak yang menjadi penganjur perlumbaan haram dengan
menyediakan hadiah kepada pemenang.
Faizal : Bagaimanakah pihak polis menangani kegiatan lumba haram ini?
Inspektor Azim : Pihak polis meningkatkan rondaan dari semasa ke semasa. Jabatan
kami juga kini dilengkapi dengan kereta atau motosikal yang lebih laju
dan berkuasa kerana selama ini pihak polis hanya dibekalkan dengan
kenderaan talaan kilang yang kurang berkuasa dan tidak cukup laju
untuk mengejar pelumba haram. Kempen pemanduan berhemah turut
diadakan di sekolah dan kawasan tumpuan awam. Selain itu, pihak polis
juga mengenakan tindakan terhadap penonton perlumbaan haram kerana
menggalakkan kegiatan ini.
Faizal : Apakah nasihat tuan untuk menangani kegiatan lumba haram?
Inspektor Azim : Saya menasihati ibu bapa agar mengambil berat tentang tingkah laku anak-
anak untuk memastikan mereka tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak
sihat. Masyarakat setempat juga diminta memberikan kerjasama dengan
melaporkan kegiatan lumba haram yang berlaku di tempat mereka kepada
pihak polis. Pihak polis juga mencadangkan agar aktiviti perlumbaan
bermotor yang sah seperti Malaysian Cub Prix dan Pesta Pasti Honda
diperbanyak untuk menggalakkan remaja menyertainya.
Faizal : Memandangkan masa tidak mengizinkan, saya rasa cukup setakat ini
wawancara kita. Saya mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi
diwawancara.
Inspektor Azim : Sama-sama. Sudut Kata
• talaan – diselaraskan pengerakan
enjinnya
• berhemah – berbudi pekerti
231
Bab 5i K.Umum.indd 231 15/03/2021 11:33 AM

