Page 8 - Hybrid PBD 2022 Form 2 - Sejarah
P. 8

Panduan RPH
                 Standard Kandungan (SK)            Standard Pembelajaran (SP)            Soalan dan Tahap   Halaman
                                                                                          Penguasaan (TP)
               3.3  Seni Bina           5.2.3  Menjelaskan sosiobudaya masyarakat kerajaan   Buku Teks  Soalan 8  TP4, TP6  27
                                             Alam Melayu                        m.s 46 – 48  Soalan 9  TP2

                              BBM                            PAK-21                             KBAT
                Buku Teks, Gambar Seni Bina, Komputer,       Pameran                   Mengaplikasi, Menilai, Mencipta
                           Dokumentari
                              EMK                            i-THINK                          Nilai Murni

                  Kelestarian Alam Sekitar, Kreativiti dan   Peta Buih                     Kerjasama, Rasional
                             Inovasi
                           Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                 Cadangan PdPc
                 1.  Guru berbincang dengan murid tentang pelbagai seni bina yang terdapat pada masa kini dan mengaitkannya dengan seni bina kerajaan-
                   kerajaan Alam Melayu.
                 2.  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
                 3.  Setiap kumpulan perlu memilih satu seni bina yang terdapat di Alam Melayu.
                 4.  Murid perlu mendapatkan maklumat tentang seni bina yang dipilih daripada pelbagai sumber.
                 5.  Kemudian, murid perlu menghasilkan replika seni bina atau seni bina yang mempunyai fungsi yang sama dengan seni bina kerajaan Alam
                   Melayu dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula.
                 6.  Setiap kumpulan akan mempamerkan hasil mereka dan melantik seorang jurucakap projek.

                 7.  Murid boleh bergerak bebas untuk melihat pameran dengan lebih dekat dan bertanyakan soalan bagi mendapatkan maklumat berkaitan
                   dengan seni bina yang dihasilkan.
                 8.  Murid menjawab soalan dalam buku Hybrid PBD Sejarah halaman 27.
                 Panduan RPH

                 Standard Kandungan (SK)            Standard Pembelajaran (SP)            Soalan dan Tahap   Halaman
                                                                                          Penguasaan (TP)
               3.4  Struktur Sosial     5.2.3  Menjelaskan sosiobudaya masyarakat kerajaan   Buku Teks  Soalan 10  TP4  28
                                             Alam Melayu                         m.s 49  Soalan 11  TP5

                              BBM                            PAK-21                             KBAT
                         Buku Teks, Rajah                   Who Am I?                  Mengaplikasi, Menilai, Mencipta

                              EMK                            i-THINK                          Nilai Murni
                           Patriotisme                 Peta Dakap, Peta Pokok       Kebijaksanaan, Kesyukuran, Kesedaran
                 Cadangan PdPc
                 1.  Guru berbincang dengan murid tentang struktur sosial masyarakat hari ini dan mengaitkannya dengan struktur sosial masyarakat kerajaan
                   Alam Melayu.
                 2.  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
                 3.  Setiap kumpulan akan melantik seorang wakil untuk menjawab soalan daripada kumpulan lain.
                 4.  Ahli tersebut akan disematkan dengan sekeping kertas di belakang bajunya yang tertulis kedudukannya dalam struktur sosial kerajaan Alam
                   Melayu seperti Raja, ilmuwan, petani, hamba dan sebagainya.
                 5.  Ahli kumpulan  lain  akan bertanya kepada  kumpulan  berkenaan  beberapa  soalan  untuk mengetahui  statusnya dalam  struktur sosial
                   masyarakat kerajaan Alam Melayu.
                 6.  Rakannya hanya dibenarkan untuk menjawab “ya” atau “tidak” kepada soalan yang ditanyakan.
                 7.  Murid menjawab soalan dalam buku Hybrid PBD Sejarah halaman 28.










              BAB 3                                        EG    5                                  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.




       00 Strategi PdPC.indd   5                                                                                13/09/2021   3:57 PM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13