Page 12 - Hybrid PBD 2022 Form 2 - Sejarah
P. 12
Cadangan PdPc
1. Guru berbincang dengan murid tentang kejayaan Parameswara membentuk Kesultanan Melayu Melaka.
2. Perbincangan dikaitkan dengan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
3. Perbincangan tertumpu kepada:
• Faktor kegemilangan
• Aspek kegemilangan
4. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan membentuk dua bulatan iaitu, kumpulan A (bulatan dalam) dan kumpulan B
(bulatan luar).
5. Murid akan berdiri menghadap antara satu sama lain (berpasang-pasangan).
6. Pusingan pertama, guru akan memberikan soalan-soalan berkaitan dengan faktor kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka kepada murid
kumpulan A.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
7. Murid kumpulan B akan menjawab dan rakannya hanya mendengar.
8. Setelah selesai menjawab, murid kumpulan A akan memberikan pujian dan membetulkan jawapan rakannya.
9. Murid akan bertukar-tukar pasangan untuk beberapa kali dan masih berada dalam kumpulan yang sama.
10. Kemudian, pusingan kedua, guru akan memberikan soalan-soalan berkaitan dengan aspek kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
kepada murid kumpulan B.
11. Murid kumpulan A pula yang akan menjawab dan rakannya hanya mendengar.
12. Ulang langkah 9 hingga 10.
13. Murid menjawab soalan dalam buku Hybrid PBD Sejarah halaman 44 – 47.
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Penguasaan (TP) Halaman
5.3 Pengakhiran Kesultanan 6.1.3 Menerangkan berakhirnya pemerintahan Buku Teks Soalan 9 TP6 48
Melayu Melaka yang Kesultanan Melayu Melaka yang m.s 90 – 91 Soalan 10 TP6
Berpusat di Melaka berpusat di Melaka
BBM PAK-21 KBAT
Buku Teks, Gambar, Peta Asia Tenggara Rangkaian Menganalisis, Menilai, Mencipta
EMK i-THINK Nilai Murni
Kelestarian Global Peta Buih Peta Dakap, Kebijaksanaan, Perpaduan,
Peta Bulatan Taat Setia kepada Raja
Cadangan PdPc
1. Guru berbincang dengan murid tentang kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
3. Setiap kumpulan akan menerima sekeping kertas dan perlu menulis tentang kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada kertas tersebut.
4. Kemudian, murid perlu memberikan kertas mereka kepada rakan sekumpulan. Rakan akan menambahkan maklumat pada kertas yang
diterima.
5. Pertukaran kertas perlu dilakukan sehingga murid yang pertama menerima kertas tersebut semula.
6. Murid menjawab soalan dalam buku Hybrid PBD Sejarah halaman 48.
BAB 5 EG 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
00 Strategi PdPC.indd 9 13/09/2021 3:57 PM

