Page 5 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 5
Bab 2 - pengemaskinian bab
Setiap soalan karangan diberikan petikan.
BAB 1 2 Perubahan pada bilangan patah perkataan
Setiap soalan ditandakan dengan domain.
Format lama - (lebih 350 patah perkataan)
Format baharu - (antara 350 hingga 500 patah
Karangan Esei
perkataan)
Perubahan dari segi bilangan soalan
Informasi tentang Format lama - (5 soalan jawab 1 soalan)
keperluan peperiksaan Format baharu - (4 soalan jawab 1 soalan)
SPM terkini (2021)
Keperluan Peperiksaan SPM
Soalan Skop Soalan Markah / Masa
Bahagian B • Menulis sebuah karangan daripada empat soalan yang 100 markah /
[Kertas 1] diberikan. 1 jam 30 minit
• Soalan-soalan ini terdiri daripada empat domain, iaitu:
– awam
– peribadi
– pendidikan
– kerjaya
• Antara jenis karangan seperti:
– surat kiriman rasmi – wawancara / dialog
– surat kiriman tidak rasmi – ucapan / syarahan / ceramah
– laporan – gambaran / keperihalan
– berita / rencana akhbar – cereka / pengalaman / imaginasi
– fakta – peribahasa / cogan kata
• Panjang karangan hendaklah antara 350 hingga 500 patah
perkataan.
Panduan Menjawab Soalan
1. Baca dan telitilah arahan soalan. Pilihlah soalan yang anda benar-benar faham akan
maksud dan kehendaknya.
2. Bina rangka karangan yang secara amnya mengandungi:
(a) Pendahuluan – Ditulis dalam satu perenggan.
(b) Isi-isi – Sekurang-kurangnya tiga isi utama.
(c) Penutup – Cadangan atau pandangan untuk menyimpulkan idea.
3. Pendahuluan yang dibina hendaklah menarik supaya menambahkan minat pemeriksa
terhadap karangan yang anda tulis. Pendahuluan boleh terdiri daripada jenis definisi,
pendapat, peribahasa, suasana, persoalan, atau sejarah.
4. Pastikan isi karangan anda mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Selain itu,
anda digalakkan agar menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau
majalah.
5. Bagi karangan berformat khusus, patuhilah format yang sebenar agar anda tidak
kehilangan markah.
6. Gunakan bahasa yang gramatis, kosa kata yang tepat dan luas, ragam ayat yang bervariasi,
serta peribahasa atau ungkapan yang menarik.
9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

