Page 6 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 6

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Esei
                                                                            Sumber petikan
          A    Surat Kiriman Rasmi



          Sebut  sahaja lawatan sambil belajar, sudah pasti aktiviti  di luar bilik  darjah itu menimbulkan
          keterujaan kepada setiap murid yang menyertainya.
               Walaupun lawatan itu bersifat lebih santai, namun banyak pengalaman yang dapat diperoleh
          daripada aktiviti ini kerana murid bukan sekadar berjalan-jalan dan bersuka ria, malah dapat
          menimba banyak ilmu baharu.
                                    Dipetik dan diubah suai daripada “Manfaat Lawatan sambil Belajar”,
                                                  oleh Maria Uffa Zulkafeli, 8 April 2019, Berita Harian


          Model Karangan


        Petikan  akhbar  di  atas  menerangkan manfaat  lawatan  sambil  belajar  kepada  murid-murid.  Andaikan  anda
        sebagai setiausaha kelab reka cipta sekolah, anda ditugaskan untuk menulis sepucuk  surat kepada sebuah
        institusi pengajian bagi mengadakan lawatan sambil belajar.

        Tulis surat anda selengkapnya.   Domain: Pendidikan  Domain pembelajaran

        Rangka Karangan


         Pendahuluan: nama dan alamat pengirim – nama dan alamat penerima – tarikh – tajuk surat
               Perenggan / Isi                  Huraian                         Contoh
          1  /  makluman tujuan      maklumat asas lawatan –         tarikh, hari, masa, dan bilangan
             menulis surat           menyatakan butiran lawatan      peserta lawatan serta bilangan
                                                                     guru pengiring

          2  /  tujuan lawatan       bertukar-tukar pengetahuan      ilmu tentang robotik
             diadakan                tentang reka cipta –
                                     menambahkan ilmu
                                     pengetahuan
          3  /  persiapan untuk      berhasrat merangkul kejayaan –   melantik pelatih dari kolej
             menyertai pertandingan  mengeratkan hubungan dengan     sebagai mentor dalam usaha
             di peringkat daerah,    pelatih kolej                   mencipta robot-robot bagi
             negeri, dan kebangsaan                                  menyertai pertandingan
          4  /  ahli kelab sangat    sanggup menggunakan wang        membeli alat-alat elektronik dan
             berminat akan reka      saku – membina robotik          bahan-bahan bacaan tentang
             cipta                   daripada bahan-bahan kitar      robotik
                                     semula
         5  /  berharap agar         memberikan maklum balas
             dibenarkan mengadakan  dengan segera – memudahkan
             lawatan                 persiapan dilakukan – akan
                                                                                   –
                                     terus mengadakan jalinan
                                     persahabatan antara kelab reka
                                     cipta dengan pihak institusi

         Penutup: ucapan terima kasih – tandatangan, nama, dan jawatan pengirim

        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               10
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11