Page 7 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 7
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 2 Karangan Esei
P erkasa
Perkasa KaranganKarangan
• Surat rasmi meliputi surat
Kelab Reka Cipta, aduan, rayuan, pesanan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri, permohonan, jemputan,
09600 Padang Serai, penjelasan tentang sesuatu
perkara, dan bantahan.
Kedah. • Mempunyai format khusus yang
_________________________________________________________ perlu dipatuhi.
Pengarah,
Kolej Kemahiran Tinggi Mara, • robotik – bidang sains yang
11000 Balik Pulau, berkaitan dengan reka bentuk,
Pulau Pinang. pembuatan, dan penggunaan
26 JUN 2021. robot
• mekatronik – teknologi
yang menggabungkan ilmu
Tuan, kejuruteraan mekanikal dengan
elektronik
Permohonan Lawatan sambil Belajar Kelab Reka Cipta • mentor – pembimbing atau
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri penasihat
• kreativiti – kemampuan
mencipta
Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Reka • inovatif – bersifat inovasi
Cipta Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri ingin
memaklumkan bahawa pihak jawatankuasa Kelab Reka Cipta sekolah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Balik Pulau. Pihak
pentadbiran sekolah juga telah bersetuju dengan cadangan lawatan yang akan diadakan ini.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa lawatan ini akan disertai oleh 40 orang murid dan diiringi
oleh tiga orang guru penasihat kelab reka cipta. Butiran lawatan adalah seperti yang berikut.
Tarikh : 15 Julai 2021
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
3. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi murid-murid pengetahuan dan bertukar-tukar
pengalaman dengan pelatih-pelatih kolej tentang ilmu robotik. Kami mengetahui bahawa
kolej tuan menawarkan jurusan mekatronik dan hal ini bermakna pelatih-pelatih ini mahir
tentang fungsi papan litar, cip elektronik, dan hal-hal yang berkaitan dengan robotik. Melalui
bacaan, saya pernah melihat pelatih-pelatih tuan telah menyertai pertandingan robotik antara
kolej kemahiran di seluruh negara dan telah meraih tempat pertama. Kejayaan pelatih tuan
mendorong kami untuk mengadakan lawatan ke sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang robotik tersebut.
4. Sebagai makluman, kelab kami akan menyertai pertandingan robotik peringkat daerah
yang akan diadakan pada bulan hadapan. Pemenang dalam pertandingan ini akan mewakili
daerah ke peringkat negeri dan seterusnya ke pertandingan pada peringkat kebangsaan yang
akan diadakan pada hujung bulan September nanti. Walaupun Kelab Reka Cipta sekolah
kami ini baru ditubuhkan, namun kami bercita-cita tinggi untuk merangkul kejayaan dalam
pertandingan tersebut. Kami amat berharap agar perkongsian ini akan membuahkan kejayaan
yang gemilang.
5. Lawatan ini diharap dapat mendedahkan keadaan sebenar tentang robotik yang telah
dihasilkan oleh pelatih kolej tuan kepada para peserta. Sebagai sebuah kelab di sekolah, sudah
tentu kami menghadapi pelbagai kekurangan seperti kemahiran dan peralatan. Kebanyakan
11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

