Page 9 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 9

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Esei
           Petikan akhbar di atas menerangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk di suatu kawasan. Masalah yang
           hampir sama turut berlaku di kawasan tempat tinggal anda, iaitu kerja-kerja pemindahan tanah untuk projek
           pembangunan yang berhampiran kediaman anda banyak menimbulkan masalah kepada penduduk. Selaku wakil
           penduduk, anda ingin mengemukakan masalah ini kepada pihak berkuasa.
           Tulis surat tersebut selengkapnya.   Domain: Awam


           Soalan 2

            Dewan orang ramai penting untuk dijadikan tempat perjumpaan umum dengan tujuan sosial,
            keraian dan rekreasi.
                  Tanpa dewan,  komuniti di  satu-satu  kawasan  sukar  untuk menjalankan  aktiviti berbentuk
            kemasyarakatan yang akan memupuk semangat perpaduan dan kejiranan.
                               Dipetik daripada Dewan Muafakat Johor dibina di Kampung Bakar Batu,
                                                                                    bharian.com.my


           Petikan akhbar di atas menerangkan kebaikan mempunyai dewan orang ramai dalam sesebuah petempatan.  Selaku
           penduduk yang prihatin, anda telah memohon agar pihak yang berkaitan membina sebuah dewan orang ramai
           bagi kegunaan penduduk setempat.

           Tulis surat tersebut selengkapnya.   Domain: Awam



             B    Surat Kiriman Tidak Rasmi


            Model Karangan


            “Keluaran Kraf Tangan” bermaksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan
            kebudayaan atau tradisional dan hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau
            sebahagiannya pada kemahiran tangan termasuklah apa-apa keluaran seperti batik; dan “keluaran
            batik” ertinya apa-apa barang yang mempunyai reka bentuk batik pada mana-mana bahagian barang
            tersebut.
                  Aneka kraf memuatkan pelbagai hasil kraf berasaskan manik, kertas, siput, mutiara, dan lain-
            lain lagi. Yabg berikut merupakan contoh produk hasil aneka kraf, iaitu lukisan pisau palet, bunga
            roti, lukisan gelas, bonsai tiruan, napkin kertas, lukisan fabrik, stencilling, rantai mutiara, kasut dan
            beg manik serta gubahan hantaran.

                                                                       Dipetik daripada Bidang Kraf,
                                                                                  kraftangan.gov.my



           Petikan menerangkan maksud keluaran kraf tangan. Rakan pena anda ingin mengetahui barangan kraf tangan
           yang diusahakan oleh masyarakat di tempat anda.

           Tulis surat anda itu selengkapnya.   Domain: Awam





                                                       13                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14