Page 8 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 8

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Esei
           ilmu yang kami peroleh hanyalah daripada bahan-bahan bacaan dan menonton klip-klip
           video tentang robotik. Lawatan ini sudah tentu memberikan pengalaman yang amat berharga
           kepada kami. Kami berharap agar hasil lawatan ini akan mengeratkan hubungan para pelatih
           kolej dengan ahli-ahli kelab reka cipta sekolah kami. Kami juga bercadang untuk melantik
           pelatih dari kolej tuan sebagai mentor dalam usaha kami mencipta robot-robot bagi menyertai
           pertandingan nanti.

           6.  Kebanyakan murid yang menyertai Kelab Reka Cipta Sekolah ini amat berminat akan
           reka cipta. Mereka sanggup mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli alat-alat
           elektronik dan bahan-bahan bacaan tentang robotik. Selain itu, jika kekurangan wang dan
           tiada peruntukan, mereka akan menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan
           robot-robot. Kreativiti dan sikap inovatif mereka telah berjaya menghasilkan robot-robot kecil
           yang dipamerkan di makmal fizik sekolah. Saya juga berharap lawatan ini akan menambahkan
           minat para murid terhadap bidang robotik dan berusaha mendalami bidang teknologi yang
           mempunyai masa hadapan yang cerah ini. Saya juga berharap pihak tuan dapat memberikan
           penerangan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di kolej ini dan syarat-syarat kemasukan
           yang diperlukan bagi memberikan peluang kepada para murid memilih institusi ini untuk
           melanjutkan pelajaran selepas tamat peperiksaan SPM nanti.
           7.  Akhir sekali, saya berharap agar permohonan untuk mengadakan lawatan sambil belajar
           ini dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan. Jawapan segera daripada pihak tuan amat
           dialu-alukan bagi memudahkan kami membuat persediaan sebelum lawatan tersebut diadakan.
           Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan
           terima kasih.
           Sekian.

           Saya yang menjalankan tugas,

               Azira Atira
           …………………………………….
           (AZIRA ATIRA BINTI RAMLI)
           Setiausaha Kelab Reka Cipta,
           Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri.




          Praktis SPM 1

        Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

        Soalan 1

          Penduduk mendakwa, projek berkenaan memberi mereka masalah apabila lori yang keluar masuk
          mengambil pasir itu menyebabkan debu yang teruk sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
               Wakil penduduk, Nik Mohd Kamal Husin, 49, berkata pihak kerajaan negeri sepatutnya boleh
          menjangkakan situasi seperti itu akan menimpa penduduk sebelum mengambil langkah terbaik bagi
          menangani perkara itu.

                                     Dipetik daripada Berita Harian Online, Penduduk Gesa Kerajaan
                                                           Selesai Isu Korek Pasir, bharian.com.my





        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               12
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13