Page 14 - FOCUS KSSM TG4 P.SENI
P. 14

Pendidikan Seni Visual  Tajuk 2  Seni Lukisan




                                                     INFO
                                                     INFO  SENI

                                                       Dalam sesebuah seni lukis, seseorang mampu
                                                       untuk mengapresiasikan kreativitinya melalui sebuah
                                                       bidang dua dimensi seperti papan, kanvas, kertas
                                                       atau  media  lainnya,  bahkan  dalam seni  lukis  ini
                                                       mempunyai pelbagai aliran seni yang tentunya
                                                       semakin berkembang.
        Tajuk
       2





                                                                       Edger Degas
                                                                INFO



                   ‘Portrait of D’eugenie Estruc’ (1876)
                         oleh Camille Pissarro





              I   Ekspresionisme

               1.  Aliran ekspresionisme merupakan aliran moden di German.
                 Ekspresionisme bermula pada abad ke-20. Aliran ini
                 mempersembahkan dunia perasaan daripada pandangan yang
                 subjektif yang akan memberikan kesan perasaan melalui emosi
                 dan idea yang ditonjolkan. Pelukis aliran ini cuba mencari
                 idea dalam memberikan makna kepada pengalaman emosi
                 berbanding realiti fizikal.
               2.  Aliran ekspresionisme ditubuhkan sebagai gaya  avant-garde
                 sebelum Perang Dunia Pertama.  Mereka mengangkat dunia seni
                 tanpa sempadan.

               3.  Aliran ekspresionisme dipengaruhi oleh beberapa orang
                 pelukis  seperti Edvard Munch, Vincent  van  Gogh dan  African
                 Art. Mereka cuba mencari perasaan dalam menggambarkan
                 emosi sebagai komunikasi.  Bagi mereka, subjek utama tidaklah      ‘The Scream’ (1893)
                 penting. Apa yang penting adalah emosi yang ingin disampaikan     oleh Edvard Munch
                 melalui  kekuatan warna dan  komposisi yang  dinamik dalam
                 menghasilkan karya.










                28
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19